السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya laman  web rasmi Pusat Islam dapat dipaparkan  kepada umum. Kami yakin dan optimis bahawa dengan kecanggihan dan kepantasan teknologi maklumat pada hari ini mampu mempercepatkan proses perkhidmatan kepada pelajar khususnya dan warga Universiti Malaysia Terengganu  dalam membangun modal insan yang berkualiti.

Pusat Islam ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 2010 (dahulunya dikenali sebagai Unit Kerohanian) bertanggungjawab di bawah Timbalan Naib Canselor, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Pusat Islam ditubuhkan untuk menyelaraskan aktiviti pembangunan kerohanian, dakwah dan tarbiah, pengurusan dan pengimarahan, serta kepimpinan agar mahasiswa mempunyai keterampilan diri dan akhlak yang unggul sesuai dengan status mereka sebagai golongan ilmuan dan intelektual. Di samping itu juga, dalam usaha menentukan aspek kebajikan pelajar terpelihara, Pusat Islam menyediakan perkhidmatan Bantuan Kewangan Pelajar yang terdiri dari Tabung Kebajikan Pelajar dan Tabung Zakat serta pengurusan permohonan Bantuan Kewangan Pelajar Kurang Upaya dan Tuntutan Insurans Takaful Berkelompok.

Kami mengharapkan agar laman ini dapat menjadi rujukan dan panduan buat semua pengguna. Sebarang komen, cadangan dan pandangan sangat kami alu-alukan dalam menambahbaik laman ini agar lebih  “mesra pengguna”.

Akhir kata saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit menyediakan lamam web ini.  Terima kasih.

Ustaz Razi bin Yaakob
Ketua Pusat Islam
Pusat Islam,
Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni