PENGENALAN

Tabung Kebajikan Pelajar UMT telah ditubuhkan bertujuan untuk menyalurkan bantuan kepada pelajar UMT yang menghadapi masalah kewangan semasa menjalani pengajian di UMT, selain itu tabung ini juga berfungsi untuk menyalurkan bantuan kepada pelajar yang ditimpa musibah akibat tragedi,  bencana alam atau kematian keluarga terdekat pelajar.

SYARAT PERMOHONAN

  • Pemohon merupakan pelajar sepenuh masa Universiti Malaysia Terengganu
  • Pemohon adalah pelajar pada peringkat Ijazah Pertama sahaja
  • Pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib tidak layak memohon

KADAR BANTUAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR

BIL PERKARA KADAR CATATAN
1 Menguruskan bantuan kecemasan, kemudahan, kemudahan, dan kebajikan yang melibatkan kematian pelajar atau keluarga terdekat (ibubaoa/ penjaga, adik beradik, isteri/suami, anak- anak) Sumbangan sebanyak RM200 dan tambang sebenar tiket kapal terbang perjalanan sehala kelas ekonomi. Perbelanjaan tambang penerbangan sehala kelas ekonomi kepada pelajar yang kematian ahli keluarga terdekat/waris pelajar UMT apabila meninggal dunia
2 Menguruskan bantuan pengendalian jenazah atau urusan pengebumian pelajar RM500  
3 Memberi bantuan segera kepada pelajar yang sakit atau kemalangan yang berada di Hospital atai di rumah RM100  
4 Kes-kes seperti bencana alam, kebakaran rumah, kecurian dan lain-lain yang melibatkan keperluan pelajar sahaja Tidak melebihi RM500 Bergantung kepada kelulusan JK Pengurusan Tabung Kebajikan Pelajar
5 Keutamaan kepada pelajar tahun 1 yang tidak mendapat bantuan/pinjaman dari mana-mana pihak dan menghadapi masalah keewangan bagi tujuan pengajian Tidak melebihi RM1,000 Bergantung kepada kelulusan JK Pengurusan Tabung Kebajikan Pelajar
6 Pelajar yang mendapat biasiswa /pinjaman tetapi menghadapi masalah kewangan kritikal Tidak melebihi RM1,000 Bergantung kepada kelulusan JK Pengurusan Tabung Kebajikan Pelajar