Pengenalan

Tabung Zakat diwujudkan untuk memperluaskan lagi skop bantuan zakat kepada pelajar-pelajar Islam UMT yang tergolong dalam lapan asnaf berdasarkan muqasid pensyariatan sebagaimana yang dituntut oleh Syara’

Takrif Asnaf

Takrif asnaf adalah berdasarkan takrif yang terkandung di dalam draf Akta Zakat yang digunakan sebagai garis panduan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Terengganu (MAIDAM)

  • Fakir Seorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan  atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan asas diri tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus  daripada belanja hidup seseorang yang hidup dan tanggungannya
  • MiskinSeseorang yang mempunyai harta  atau pendapatan yang hanya boleh menampung 50 peratus untuk keperluan asas diri dan tanggungan  tetapi tidak mencapai had kifayah
  • MuallafMereka yang dijinakkan hatinya atau yang keenderungan  hatinya untuk menerima Islam atau memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya)
  • Al-GhariminGolongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga, tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum Syara’
  • FisabilillahPerjuangan , usaha dan program atau aktiviti untuk menegak, mempertahankan dan meniggikan agam Allah serta SyiarNya