1.       Bagaimana tempahan penggunaan surau untuk solat hajat dan tahlil serta aktiviti pelajar  boleh dibuat?

Tempahan penggunaan surau  boleh dibuat dengan mengisi borang tempahan penggunaan surau yang boleh didapati di laman http://pusatislam.umt.edu.my/rujukan

2.       Bagaimana untuk meminjam kemudahan yang ada di Pusat Islam seperti Yassin dan sejadah?

Pinjaman kemudahan tersebut  boleh dibuat dengan mengisi borang  pinjaman kemudahan surau yang boleh didapati di laman http://pusatislam.umt.edu.my/rujukan

3.       Siapakah yang layak memohon bantuan kewangan pelajar (zakat dan kebajikan)?

Semua pelajar pra-siswazah yang berdaftar sepenuh masa dengan Universiti Malaysia Terengganu adalah layak untuk memohon.

4.       Bagaimana untuk memohon bantuan kewangan pelajar?

Pelajar boleh memohon melalui portal  http://mynemo.umt.edu.my, dan menghantar pengesahan tersebut ke Pejabat Pusat Islam.