PISM | Pusat Islam Sultan Mahmud

6 SAYAP PISM

1.KELAB SAHABAT MASJID UMT (SAHAM)

SAHAM merupakan sebuah organisasi kerohanian di bawah naungan Pusat Islam Sultan Mahmud untuk menjadikan pusat ibadah sebagai tempat rujukan agama. Moto SAHAM ialah “Nadi Pemuda Tonggak Kekuatan Ummah” dimana ingin membentuk biah solehah di dalam kampus. Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan bagi menarik minat mahasiswa kepada aktiviti kerohanian.

2.KELAB ILHAAM UMT (ILHAAM)

– ILHAAM merupakan satu kumpulan yang memartabat serta menggerakkan  seni Islam di UMT. ILHAAM bernaung di bawah Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), UMT dengan kerjasama Pusat Kebudayaan UMT. Antara seni Islam yang diperjuangkan oleh ILHAAM seperti nasyid, khat kaligrafi, tilawah, hafazan dan lain-lain lagi.

3. KELAB MYUSRAH UMT (MYUSRAH)

– MyUsrah di bawah naungan Pusat Islam lebih mengfokuskan tentang aktiviti-aktiviti kerohanian secara mesra yang berbentuk Kumpulan Usrah dengan bermotokan “Tarbiyah dan Pembentukan Diri, Jalan Menuju Kejayaan”. Demi menjalankan misi kelab ini, banyak manfaat yang dapat pelajar perolehi antaranya ialah mendapat perkongsian yg bermanfaat dari kumpulan sahabat-sahabat baru yg positif dan berpeluang meningkatkan soft-skills diri melalui pelbagai aktiviti menarik yg dilaksanakan.

4. KELAB MUSLIM YOUTH VOLUNTEER (MYV)

– MYV merupakan salah satu sayap dibawah pusat islam yang menekankan tentang kesukarelawanan. Kelab MYV UMT, memegang satu moto utama iaitu “Once A Volunteer, Always A Volunteer” dimana, melalui moto ini jelas tentang bagaimana Kelab MYV itu sendri cuba untuk melahirkan lebih ramai mahasiswa dan mahasiswi yang cinta akan dunia kesukarelawanan melalui program² yang  dijalankan.

5. KELAB RAKAN SISWA YADIM UMT (RSY)

– RSY merupakan salah satu Kelab Eksekutif di UMT dengan pautan mereka kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Objektif utama kelab untuk mendidik, membimbing atau tingkatkan kemahiran kepimpinan Anak muda dan mahasiswa. Dengan mengadakan aktiviti bengkel, aktiviti bersama komuniti dan program berkaitan seperti latihan tingkat kemahiran asas pemimpin.

6. KELAB PERTUBUKAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA UMT (PERKIM)

– PERKIM atau nama penuhnya ialah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia adalah badan yang bertanggungjawab menyebarkan dakwah kepada org Islam dan bukan Islam secara berkesan. Moto PERKIM UMT adalah “Persaudaraan Tonggak Keamanan” dimana menekankan semua umat Islam adalah bersaudara walaupun berlainan warna kulit dan bangsa.

Kami perlukan anda!

Kami menghargai usaha anda sebagai pelajar dalam memartabat nilai islam di kampus UMT ini. Jadi, jom sertai keluarga besar PISM.