PISM | Pusat Islam Sultan Mahmud

UMT & UMPSA Raih Naib Johan Bola Sepak Penalti di KASPIM 2025

Durian Tunggal, MELAKA: Gabungan peserta dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah mencatatkan pencapaian membanggakan apabila meraih Naib Johan dalam acara Bola Sepak Penalti Berpasukan (Lelaki) sempena Kejohanan Sukan Pusat Islam Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (KASPIM) 2025 yang berlangsung pada 25 hingga 27 Julai 2025 bertempat di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Pasukan ini diwakili antaranya oleh Ustaz Muhammad Farhan bin Othman, mewakili Pusat Islam Sultan Mahmud UMT, bersama dua lagi peserta dari UMT iaitu Ustaz Mohd Syafiq bin Alias dan Ustaz Naim Rafizi bin Rahman dan rakan pasukan dari UMPSA. Mereka mempamerkan ketangkasan dan kesepaduan dalam setiap perlawanan hingga berjaya melangkah ke peringkat akhir dan menamatkan kejohanan di tempat kedua.

Selain itu, pasukan gabungan UMT-UMPSA turut berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir acara Larian 8x50m Berpasukan (Lelaki). Walaupun saingan sengit daripada 8 pasukan yang bertanding, mereka menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-6, satu pencapaian yang tetap membanggakan dalam kategori yang kompetitif.

Kejohanan ini menghimpunkan warga Pusat Islam IPT seluruh negara dalam pelbagai acara sukan, sebagai platform memperkukuh ukhuwah, mempererat silaturrahim dan membina jaringan kolaborasi strategik antara institusi.

Tahniah buat semua atlet! Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk tampil lebih cemerlang dalam edisi akan datang dua tahun lagi. Kita datang dengan lebih bersedia, lebih padu, dan lebih bersatu!

Kongsikan Berita Ini:

Teruskan Membaca