KASIH RAMADAN MUTIARA UMT SEMAI PRIHATIN

KUALA NERUS, 1 Mac 2026 – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Kelab Mutiara UMT telah menganjurkan Majlis Penyampaian Kasih Ramadan Mutiara UMT sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan asnaf dalam kalangan pelajar sekolah rendah sekitar kawasan UMT. Majlis ini telah disempurnakan oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu, yang turut menyampaikan […]
SETITIS DARAH SEJUTA HARAPAN

KUALA NERUS, 26 Februari 2026 – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Pusat Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) telah menganjurkan Program Derma Darah sempena Festival Ramadan pada 26 Februari 2026, sejurus selepas solat tarawih di Masjid Universiti Malaysia Terengganu. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila seramai 83 […]
ONE DAY ONE JUZUK WARNAI RAMADAN UMT

KUALA NERUS – Program One Day One Juzuk (ODOJ) sempena Festival Ramadan UMT 2026 berlangsung dengan penuh penghayatan sepanjang bulan Ramadan di Studio al-Quran, Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM). Program yang menghimpunkan tadarus al-Quran dari juzuk 1 hingga juzuk 30 ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pegawai-pegawai utama dan kanan universiti, staf daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab […]
UMT LANCAR FESTIVAL RAMADAN 2026

KUALA NERUS, 22 Februari 2026 – Festival Ramadan UMT 2026 telah dilancarkan secara rasmi sempena Majlis Amanat Naib Canselor yang berlangsung di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), hari ini. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMT, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim, sekali gus menzahirkan komitmen berterusan universiti dalam menyemarakkan […]
PERSEDIAAN SUKARELAWAN RAMADAN DIPERKASA

KUALA NERUS, 16 Februari 2026 – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan Program Meet & Greet Sukarelawan Ramadan 1447H bertempat di Studio Al-Quran PISM bagi menghimpunkan barisan staf PISM, Ahli Jawatankuasa Iftar serta para sukarelawan Ramadan Masjid UMT bagi sesi 2026. Program ini menjadi platform penting bagi sesi ta’aruf, penyelarasan […]
DAURAH FIQH PUASA PERKUKUH KEFAHAMAN MENJELANG RAMADAN

KUALA NERUS, 11 Februari 2026 – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan Daurah Fiqh Puasa bertempat di Studio Al-Quran PISM sebagai persiapan ilmiah dalam menyambut ketibaan bulan Ramadan yang bakal menjelang. Program ini menampilkan tokoh ilmuan yang tidak asing lagi iaitu Prof. Dato’ Dr. Haji Zulkifly bin Muda, Mantan Mufti […]
KULIAH DHUHA AMBANG RAMADAN KUPAS RAHSIA AYAT-AYAT RAMADAN

KUALA NERUS, 5 Februari 2026 – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan Kuliah Dhuha Ambang Ramadan bertajuk Rahsia Ayat Ramadan sebagai usaha menghidupkan suasana ambang Ramadan melalui pendekatan tadabbur al-Quran. Program ini memberi peluang kepada peserta memahami mesej, hikmah dan sentuhan rohani di sebalik ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan bulan […]
KUNJUNGAN HORMAT PERTUBUHAN IKRAM KUALA NERUS KE PUSAT ISLAM SULTAN MAHMUD UMT

KUALA NERUS, 1 Februari 2026 – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menerima kunjungan hormat daripada Pertubuhan IKRAM Kuala Nerus yang diketuai oleh Profesor Emeritus Ir Dr. Ahmad bin Jusoh, Yang Dipertua Pertubuhan IKRAM Kuala Nerus, bersama beberapa ahli jawatankuasa pertubuhan. Kunjungan ini bertujuan mempertingkatkan kerjasama strategik, menjalin ukhuwah serta bertukar […]
MAJLIS PERASMIAN KULIAH DHUHA SERIKANDI 2026 MERIAHKAN MASJID UMT

KUALA NERUS, 20 Januari 2026 – Majlis Perasmian Kuliah Dhuha Serikandi 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Selasa bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Majlis perasmian disempurnakan oleh Dr Kasyfullah bin Abdul Kadir, Ketua Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) UMT, menandakan permulaan rasmi pengisian Kuliah Dhuha Serikandi bagi tahun 2026. […]
BONDING 2 HALA BELIA PERKIM & KELAB PERKIM UNIVERSITI TERENGGANU PERKUKUH UKHUWAH

KUALA NERUS, 17 Januari 2026 – Program Bonding 2 Hala anjuran Belia PERKIM Terengganu dengan kerjasama Kelab PERKIM Universiti (KPU) Terengganu telah berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu bertempat di Pantai Teluk Ketapang. Program ini melibatkan penyertaan Belia PERKIM Terengganu, KPU Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan KPU Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), dengan matlamat utama […]