Skip to main content

PISM | Pusat Islam Sultan Mahmud

PROGRAM SANTUNI SUKAN DAN SUNNAH BERSAMA ANAK ORANG ASLI ANJURAN KELAB PERKIM UMT

KUALA BERANG, 20 November 2026 – Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah berjaya menganjurkan Program Santuni Sukan dan Sunnah Bersama Anak Orang Asli yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Sungai Berua, Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Program khidmat masyarakat yang bermula pada jam 8.00 pagi ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara mahasiswa UMT dengan komuniti Orang Asli setempat.

Pelbagai pengisian seperti aktiviti sukaneka, penerapan amalan gaya hidup sihat berteraskan sunnah, kerohanian serta pembangunan sahsiah dirangka bagi membentuk perkembangan holistik anak-anak Orang Asli dari aspek fizikal, mental, sosial dan rohani

Semoga penganjuran program ini dapat menjadi medium dakwah yang berhikmah serta memberi impak positif dalam menyokong pembangunan modal insan dan keyakinan diri komuniti Orang Asli ke arah masa depan yang lebih seimbang.

Kongsikan Berita Ini:

Teruskan Membaca