ENAM KELAB SAYAP PISM LAKSANA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, PERKASA KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN MAHASISWA

KUALA NERUS, 6–10 Oktober 2026 – Enam kelab sayap mahasiswa di bawah seliaan Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi sesi 2025/2026 sebagai usaha memperkukuh pengurusan organisasi, kesinambungan kepimpinan dan gerak kerja dakwah mahasiswa di UMT. Enam kelab yang terlibat ialah Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia […]
MALAM ASPIRASI SEMARAK SEMANGAT PELAJAR BAHARU UMT SESI 2026/2027

KUALA NERUS, 1 Oktober 2026 – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan Malam Aspirasi sempena Minggu Jalinan Mesra (MJM) Pelajar Baharu Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2026/2027 yang berlangsung di Masjid UMT. Program dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah, diikuti Solat Hajat sebagai tanda memohon keberkatan, kelancaran dan kemudahan daripada Allah […]
LAWATAN JPKK DAN JPLK UMT KE PISM PERKUKUH JALINAN KERJASAMA BERSAMA KEPIMPINAN MAHASISWA

KUALA NERUS, 30 September 2026 – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menerima kunjungan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman UMT (JPKK) dan Jawatankuasa Perwakilan Luar Kampus UMT (JPLK) dalam satu lawatan rasmi yang berlangsung di Studio Al-Quran, PISM, UMT. Lawatan tersebut bertujuan memperkenalkan peranan, fungsi serta aktiviti PISM kepada barisan kepimpinan mahasiswa, […]
IMAM RAWATIB MASJID UMT DINOBATKAN JOHAN QARI PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH SETIU 1448H/2026M

KUALA NERUS, 28 September 2026 – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) dan Jawatankuasa Masjid Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Encik Zulkifly bin Adnan, Imam Rawatib Masjid UMT atas kejayaan meraih gelaran Johan Qari dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Setiu Tahun 1448H/2026M. Pertandingan tersebut telah berlangsung pada 28 September 2026 […]
LAWATAN MAHABBAH DAN SINERGI BHEI UiTM KE PISM UMT PERKUKUH JALINAN STRATEGIK ANTARA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

KUALA NERUS, 27 September 2026 – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menerima kunjungan Lawatan Mahabbah dan Sinergi Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI), Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang melibatkan seramai 66 orang warga BHEI UiTM dari seluruh Malaysia. Lawatan tersebut diketuai oleh Ustaz Mohd Azri bin Aripin, Timbalan Pengarah Kanan yang […]
R&R @ MASJID UMT SANTUNI PELAJAR BAHARU DAN KELUARGA SEMPENA PENDAFTARAN PELAJAR SESI 2026/2027

KUALA NERUS, 27 September 2026 – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah melaksanakan inisiatif R&R @ Masjid UMT bersempena dengan Pendaftaran Pelajar Baharu Ijazah Sarjana Muda Sesi 2026/2027. Inisiatif ini bertujuan menyediakan ruang persinggahan yang selesa dan mesra buat pelajar baharu serta ahli keluarga untuk berehat, menunaikan solat, menikmati juadah percuma […]
KURSUS PEMERKASAAN AL-QURAN BERTERASKAN SAINS DAN TEKNOLOGI SIRI KE-8 TEKANKAN ADAB DAN KEPIMPINAN GURU AL-QURAN

KUALA NERUS, 20 September 2026 – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melabuhkan tirai penganjuran Kursus Pemerkasaan Al-Quran Berteraskan Sains dan Teknologi melalui Siri Ke-8 yang berlangsung di Studio Al-Quran, Masjid UMT. Mengangkat tajuk “Adab dan Kepimpinan Guru Al-Quran”, siri terakhir ini memberi fokus kepada pembentukan peribadi, nilai adab serta peranan guru […]
SEMARAK SOLIDARITI PALESTIN, PERKASA PERANAN ANAK MUDA

KUALA NERUS, 18 September 2026 – Isu Palestin bukan sekadar konflik geopolitik, malah isu kemanusiaan sejagat yang menuntut keprihatinan dan solidariti berterusan, khususnya daripada generasi muda. Sehubungan itu, Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama MyCARE Terengganu telah menganjurkan PISM-UMT Distinguished Public Lecture Siri Ke-11 bertajuk “Palestin: Kemanusiaan, Solidariti & Peranan […]
PROGRAM WANITA BIJAK AL-QURAN: BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL

KUALA NERUS, 12 September 2026 – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bersama Pertubuhan Sahabat Al-Quran Terengganu telah menganjurkan Program Wanita Bijak Al-Quran sebagai wadah pengajian dan penghayatan Al-Quran dalam kehidupan seharian. Seramai kira-kira 500 orang peserta hadir memenuhi Dewan Solat Utama, Masjid UMT seawal jam 8.00 pagi. Program menampilkan Dr. Haniah […]
HAJI DENGAN HATI SIRI 2 MENYINGKAP PENGALAMAN DAN PENGHAYATAN PERJALANAN SEBAGAI TETAMU ALLAH

KUALA NERUS, 27 Ogos 2026 – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan Podcast Kembara Haji: Haji Dengan Hati – Siri 2 yang menampilkan perkongsian istimewa pengalaman sebenar pasangan suami isteri ketika menunaikan ibadah haji di Tanah Suci. Podcast kali ini menampilkan Tuan Haji Abdullah Syukri bin M. Saleh, Timbalan Pendaftar […]