Skip to main content

PISM | Pusat Islam Sultan Mahmud

MESYUARAT JAWATANKUASA MASJID UMT KALI KE-20 PERKUKUH PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MASJID

KUALA NERUS, 12 Ogos 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Masjid Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Kali Ke-20 telah berlangsung di Studio Al-Quran, Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), UMT. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Prof. Ts. Dr. Muhammad Suzuri bin Hitam, Pengerusi Jawatankuasa Masjid UMT bersama barisan Jawatankuasa Masjid UMT bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan pengurusan dan pentadbiran […]

SESI AUDIT KEWANGAN MASJID UMT PERKUKUH TADBIR URUS DAN AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN

KUALA NERUS, 9 Ogos 2026 – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah melaksanakan Sesi Audit Kewangan Masjid UMT yang berlangsung di Bilik Mesyuarat PISM. Sesi audit tersebut telah dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Roshaiza Taha, Pengarah Pusat Transformasi, Perancangan Strategik dan Risiko UMT merangkap Juru Audit Masjid UMT. Turut hadir ialah […]

KULIAH DHUHA TADABBUR: RAHSIA AYAT LAUTAN DALAM AL-QURAN SEMARAKKAN WORLD OCEANS WEEK UMT 2026

KUALA NERUS, 27 Julai 2026 – Bersempena dengan sambutan World Oceans Week (WOW) UMT 2026, Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), UMT telah menganjurkan Kuliah Dhuha Tadabbur bertajuk “Rahsia Ayat Lautan dalam Al-Quran” yang berlangsung di Auditorium Sulaiman, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT. Majlis tersebut […]

PERKIM UMT MEWAKILI PISM KE KONVENSYEN WAKAF DAKWAH ANTARABANGSA 2026

KUALA LUMPUR, 27 Julai 2026 – Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah memenuhi undangan rasmi bagi menghadiri Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 bertempat di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Penyertaan delegasi UMT ke konvensyen berprestij anjuran PERKIM Kebangsaan ini diketuai oleh Penasihat Kelab, Ustaz Naim Rafizi bin Rahman, […]

WARGA PISM RAIH ANUGERAH KECEMERLANGAN SEMPENA MAJLIS ANUGERAH TAHUNAN UMT 2026

DEWAN SULTAN MIZAN UMT, 26 JULAI 2026 – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada tiga orang warganya atas kejayaan menerima pengiktirafan berprestij sempena Majlis Anugerah Tahunan UMT 2026. Pengiktirafan tersebut diberikan kepada Puan Faizah binti Ismail, Encik Muhammad Farhan bin Othman dan Encik Abdul Rahim bin […]

SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT PELAJAR LATIHAN INDUSTRI PISM

Pusat Islam Sultan Mahmud UMT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cik Aisyah binti Abdullah @ Qadir, pelajar Sarjana Muda Da’wah dan Pengurusan Islam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang telah menamatkan latihan industri di PISM pada 16 Julai 2026. Sepanjang menjalani latihan industri, beliau telah menunjukkan komitmen, disiplin serta kesungguhan yang tinggi […]

BENGKEL PENYELARASAN DAN PEMURNIAN DOKUMEN TADBIR URUS MASJID UMT SIRI 2 PERKUKUH TADBIR URUS INSTITUSI MASJID

KUALA NERUS, 14 Julai 2026 – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan Bengkel Penyelarasan dan Pemurnian Dokumen Tadbir Urus Masjid UMT Siri 2 yang berlangsung di Studio Al-Quran, PISM. Bengkel ini dipengerusikan oleh Prof. Ts. Dr. Muhammad Suzuri bin Hitam, Pengerusi Jawatankuasa Masjid UMT, dan menghimpunkan Ahli Jawatankuasa Masjid UMT […]

KULIAH DHUHA SERIKANDI TERUS SEMARAK DENGAN PENGISIAN ILMU BERMANFAAT

Masjid UMT, 14 Julai 2026 – Kuliah Dhuha Serikandi anjuran Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus berlangsung dengan kehadiran jemaah yang komited mengikuti pengajian ilmu secara mingguan di Masjid UMT. Kuliah yang disampaikan oleh Ustazah Hawa binti Embong, Pesara Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, meneruskan syarahan kitab yang sama seperti siri-siri […]

MUNAJAT DAN TAWAKKAL IRINGI PELAJAR UMT HADAPI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

MASJID UMT, 9 Julai – Pusat Islam Sultan Mahmud UMT telah menganjurkan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin sempena Minggu Peperiksaan Pelajar Sarjana Muda Sesi 2025/2026 di Masjid UMT sebagai usaha menyuntik semangat serta meningkatkan pergantungan kepada Allah SWT dalam menghadapi peperiksaan akhir semester. Majlis dipimpin oleh Ustaz Syafiq Alias, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam […]

PISM ANJUR KURSUS PEMERKASAAN AL-QURAN BERTERASKAN SAINS DAN TEKNOLOGI KOHORT KE-2

KUALA NERUS, 5 Julai 2026 – Seramai 55 peserta menyertai Program Pemerkasaan Al-Quran Berteraskan Sains dan Teknologi Kohort Ke-2 yang berlangsung di Studio Al-Quran, Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Program ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan kohort pertama yang berjaya melahirkan 60 graduan dan diraikan pada Majlis Graduasi pada 9 April 2026. […]