MALAM SIMFONI SAMUDERA SANTUNI WARGA UMT SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK UMT

KUALA NERUS, 26 Jun – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan Malam Simfoni Samudera buat julung kalinya bersempena Sambutan Jubli Perak UMT sebagai platform menghimpunkan warga universiti dan komuniti dalam sebuah program yang menggabungkan elemen hiburan berteraskan nilai, inspirasi dan penghargaan terhadap perjalanan 25 tahun kecemerlangan universiti. Program yang berlangsung di Dewan Sultan Mizan, UMT […]
KHUTBAH KHAS SEMARAKKAN SAMBUTAN JUBLI PERAK UMT

KUALA NERUS, 27 Jun – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) dan Pejabat Komunikasi Korporat (PKK) telah mengadakan Khutbah Khas bersempena Sambutan Jubli Perak UMT di Masjid UMT sebagai salah satu pengisian bagi menyemarakkan ulang tahun ke-25 penubuhan universiti. Khutbah khas tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Zukiferee bin Ibrahim, Pengarah […]
FORUM PERDANA EHWAL ISLAM SEMARAK SAMBUTAN JUBLI PERAK UMT

KUALA NERUS, 25 Jun – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerusi Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) dengan kerjasama Pejabat Komunikasi Korporat (PKK) telah menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam bersempena Sambutan Jubli Perak UMT di Masjid UMT. Bertemakan “Kalau Kail Panjang Sejengkal…”, forum ini menjadi platform perkongsian ilmu dan penghayatan nilai-nilai Islam dalam mendepani cabaran semasa. Forum […]
FREE MARKET SEMARAKKAN BUDAYA BERINFAQ DAN KELESTARIAN

KUALA NERUS, 25 Jun – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menganjurkan Free Market Sempena Karnival Jubli Perak UMT sebagai salah satu pengisian istimewa sempena sambutan ulang tahun ke-25 penubuhan universiti. Berlangsung di Serambi Masjid UMT bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam, program ini mengangkat konsep “Ambil Apa Yang Perlu, Sumbang […]
MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN PEMBUKA TIRAI SAMBUTAN JUBLI PERAK UMT

KUALA NERUS, 25 Jun 2026 – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) memulakan Sambutan Jubli Perak dengan penganjuran Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin yang berlangsung di Masjid UMT pada pagi Khamis, menghimpunkan kira-kira 200 orang warga universiti dalam suasana penuh keinsafan dan kesyukuran. Majlis ini menjadi pembuka tirai kepada program Sambutan Jubli Perak UMT, sekali gus […]
MELANGKAH DENGAN AMANAH, MENGGALAS TANGGUNGJAWAB

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada YBrs. Dr Kasyfullah bin Abd Kadir, Ketua Pusat Islam Sultan Mahmud atas pelantikan semula sebagai Ketua Biro Media dan Penerbitan, Majlis Hal Ehwal Islam Institut Pengajian Tinggi Malaysia (MAHEIS) bagi sesi 2026–2027. Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi serta terus membawa kecemerlangan dalam […]
R&R @ MASJID UMT SEMPENA PENDAFTARAN ASASI DAN DIPLOMA SESI 2026/2027

KUALA NERUS, 21 Jun 2026 – Bagi menyambut kedatangan mahasiswa baharu serta keluarga sempena Pendaftaran Program Asasi dan Diploma Sesi 2026/2027 Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) telah menyediakan kemudahan Ruang Rehat (R&R) di Masjid UMT sebagai inisiatif menyantuni warga kampus dan para tetamu. Program yang berlangsung di Masjid UMT ini menyediakan […]
MASJID UMT SEMARAK SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1448H

KUALA NERUS, 17 Jun 2026 – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan Majlis Bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah bertempat di Masjid UMT dalam suasana penuh khusyuk dan keberkatan sempena sambutan Maal Hijrah 1448H. Majlis turut diserikan dengan Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Masrul Ariffin, diikuti bacaan […]
KORBAN PERDANA UMT SANTUNI LEBIH 400 KELUARGA, PERKUKUH JALINAN UNIVERSITI DAN KOMUNITI

KUALA NERUS, 30 Mei 2026 – Sempena Aidiladha 1447H, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) dengan kerjasama strategik Maybank Islamic Berhad dan RHB Islamic Berhad telah berjaya menganjurkan Program Korban Perdana 1447H di Masjid UMT. Program tersebut melibatkan penyembelihan 10 ekor lembu korban dengan penyertaan 24 orang sukarelawan terdiri daripada pelajar, […]
PROGRAM TINKERBOT INTELLECTUAL EXCHANGE TRIP KEMBANGKAN MINAT PELAJAR DALAM BIDANG ROBOTIK

Pada 2 Mei 2026 Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Kelab STEM-RBTK (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik – Reka Bentuk Kejuruteraan) dan Pusat Islam Sultan Mahmud, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan Program Special Academic Visit: TinkerBot Intellectual Exchange Trip melibatkan 40 orang peserta bertempat di Masjid UMT. Bagi program ini, perkongsian […]