RNR Masjid UMT Warnai Minggu Konvokesyen 2025

Program Rehat & Rawat (RNR) sempena Konvokesyen UMT 2025 telah dilaksanakan dengan jayanya selama empat hari berturut-turut, bermula 26 hingga 29 Oktober 2025 bertempat di perkarangan Masjid Universiti Malaysia Terengganu. Program ini merupakan inisiatif Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) dalam menyediakan kemudahan mesra pengunjung sepanjang musim konvokesyen, termasuk jamuan makan percuma, ruang rehat untuk para […]
Malam Mawar UMT 2025 Semarak Solidariti Palestin

Tapak Konvo UMT, 27 Oktober 2025 – Program tahunan Malam Mawar anjuran Pusat Islam Sultan Mahmud UMT telah berlangsung dengan penuh penghayatan dan semangat solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin. Program ini merupakan antara pengisian utama Festival Konvokesyen UMT 2025 yang sentiasa dinanti-nantikan saban tahun. Program Malam Mawar UMT 2025 menampilkan tetamu jemputan khas, Prof. Dr. […]
Pendedahan Awal Dunia Universiti buat SK Tanjong Gading

Kuala Nerus, 23 Oktober 2025 – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berbesar hati menerima kunjungan daripada Sekolah Kebangsaan Tanjong Gading, Johor dalam program Lawatan Bermaklumat ke UMT yang diadakan di Studio Al-Quran, PISM. Seramai 32 orang murid bersama 5 orang guru pengiring yang diketuai oleh Cikgu Nurmazdiah binti Mahzan hadir dalam […]
Lawatan Ilmiah Sekolah Menengah Islam Aman, Kelantan ke PISM UMT Buka Peluang Perkongsian Ilmu

KUALA NERUS, 21 Oktober 2025 (Selasa) – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menerima kunjungan 22 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring daripada Sekolah Menengah Islam Aman, Kelantan dalam program Lawatan Ilmiah ke PISM-UMT yang berlangsung di Studio Al-Quran, UMT. Lawatan yang diketuai oleh Puan Nur Damia binti Zaidi bertujuan […]
“Gaza Menangis Lagi” Segarkan Kesedaran Global di 10th PISM-UMT Distinguished Public Lecture

KUALA NERUS, 24 Oktober 2025 – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan 10th PISM-UMT Distinguished Public Lecture bertempat di Masjid UMT dengan tajuk “Gaza Menangis Lagi.” Program ini menampilkan Fadhilatul Sheikh Dr. Hammam Abdulraheem Said Melhem, ulama hadis […]
PISM Anjur TOT Guru Al-Quran Berteraskan Sains & Teknologi

Kuala Nerus, 12 Oktober 2025 – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus menerajui inovasi pendidikan Islam dengan penganjuran Program Training of Trainers (TOT) Guru Al-Quran dengan Pendekatan Sains dan Teknologi. Program ini bertujuan memperkasa para guru al-Quran dengan kemahiran mengintegrasikan elemen sains dan teknologi dalam pengajaran agar lebih menarik, berkesan dan […]
Menghayati Warisan Alam di Pulau Redang

Pulau Redang, 6 Oktober 2025 – Delegasi Pengarah-Pengarah Pusat Islam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia yang menghadiri mesyuarat di Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah meneruskan aktiviti Program Survival Laut dan Penghayatan Warisan di Chagar Hutang, Pulau Redang. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang khazanah maritim dan kelestarian alam […]
Sinergi Pusat Islam IPT di PISM UMT

Kuala Nerus, 5 Oktober 2025 – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Pengarah-Pengarah Pusat Islam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia yang berlangsung di Studio Al-Quran, PISM UMT. Mesyuarat ini diadakan di bawah naungan Jawatankuasa Hal Ehwal Islam IPT Malaysia (JAHEIS) dan menghimpunkan para pengarah serta wakil […]
Majlis Maulid Adhiya Ulami’ Semarakkan Cinta Rasul di UMT

Kuala Nerus, 4 Oktober 2025 – Majlis Maulid Adhiya Ulami’ anjuran Persatuan Halaqah Al-Quran & Tahsin Tilawah Bestari dengan kerjasama Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah berlangsung dengan penuh keberkatan di Kompleks Kuliah Pusat, UMT. Program ini diadakan sempena Majlis Penutup Tahsin Halaqah Jelajah Negeri Terengganu yang berlangsung dari 1 hingga […]
Malam Munajat Perdana Doa Keselamatan Misi Global Sumud Flotilla

Kuala Nerus, 2 Oktober 2025 – Lebih 1,000 warga Universiti Malaysia Terengganu (UMT), termasuk mahasiswa baharu sesi 2025/2026, membanjiri Masjid UMT bagi menghadiri Malam Munajat Perdana anjuran Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM). Program ini diadakan sebagai tanda kesyukuran dan doa selamat sempena pendaftaran pelajar baharu, di samping memohon keberkatan dan kekuatan untuk memulakan sesi pengajian […]