Skip to main content

PISM | Pusat Islam Sultan Mahmud

Malam Munajat Perdana Doa Keselamatan Misi Global Sumud Flotilla

Kuala Nerus, 2 Oktober 2025 – Lebih 1,000 warga Universiti Malaysia Terengganu (UMT), termasuk mahasiswa baharu sesi 2025/2026, membanjiri Masjid UMT bagi menghadiri Malam Munajat Perdana anjuran Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM). Program ini diadakan sebagai tanda kesyukuran dan doa selamat sempena pendaftaran pelajar baharu, di samping memohon keberkatan dan kekuatan untuk memulakan sesi pengajian […]

R&R @Masjid UMT Raikan Pelajar Baharu & Keluarga

Kuala Nerus, 29 September 2025 – Sempena pendaftaran pelajar baharu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sesi 2025/2026, Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) telah menganjurkan Program R&R: Rehat & Rawat @Masjid UMT sebagai inisiatif menyantuni pelajar baharu bersama ibu bapa dan keluarga. Program ini menyediakan sarapan dan makan tengah hari percuma, minuman ringan, serta ruang rehat, solat […]

Lawatan Rasmi JPKK UMT Ke PISM UMT

Studio Al-Quran, 25 September 2025 (Khamis) – Pusat Islam Sultan Mahmud UMT telah menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman (JPKK) UMT sesi 2025/2026 bertempat di Studio al-Quran, PISM UMT. Lawatan rasmi ini diketuai oleh Yang Dipertua JPKK, Saudara Muhammad Faizullah bin Abdullah, bersama barisan kepimpinan JPKK yang baharu. Tujuan utama kunjungan adalah untuk […]

PISM UMT Perkukuh Cinta Nabi Melalui Wacana Ilmu

Kuala Nerus, 11 September 2025 – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan program Wacana Ilmu bertajuk “Cinta Nabi Asas Kecemerlangan” di Dewan Persidangan 2, UMTCC. Program yang berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari itu mendapat sambutan baik daripada warga universiti. Penceramah jemputan, Prof. Madya Dr. Anas bin […]

Karpet Baharu Masjid UMT Dalam Proses Penilaian

Kuala Nerus, 10 September 2025 – Mesyuarat Khas Jawatankuasa Masjid Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah berlangsung bagi meneliti perkembangan terkini berkaitan penggantian karpet baharu Masjid UMT. Dalam mesyuarat tersebut, jawatankuasa dimaklumkan bahawa sampel karpet telah diterima untuk penilaian awal. Proses penilaian ini memberi tumpuan kepada aspek kualiti, ketahanan, kesesuaian dengan imej masjid, serta tahap keselesaan […]

Penasihat Baharu Perkasa Kelab Sayap PISM UMT

Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas pelantikan penasihat baharu bagi enam (6) kelab sayap di bawah naungan PISM. Pelantikan ini diharap dapat memperkukuhkan lagi hala tuju serta peranan kelab dalam menyemarakkan budaya ilmu, dakwah, kesukarelawanan dan kesenian Islam di kampus. Keenam-enam kelab sayap tersebut ialah: […]

Penghargaan kepada Eksekutif Masjid & Bilal Rawatib Masjid UMT

Pusat Islam Sultan Mahmud UMT dengan penuh takzim merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Eksekutif Masjid UMT serta Bilal Rawatib Masjid UMT atas segala jasa, bakti dan pengorbanan yang telah dicurahkan dalam mengimarahkan rumah Allah ini. Sepanjang tempoh perkhidmatan, mereka telah memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan kelancaran pentadbiran masjid, menghidupkan solat berjemaah, […]

Kunjungan Hormat Pengarah Pusat Islam USIM ke PISM UMT

Kuala Nerus, 24 Ogos 2025 – Pusat Islam Sultan Mahmud, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Encik Razman bin Ibrahim, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Pusat Islam Sultan Mahmud UMT. Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan hubungan strategik antara kedua-dua institusi melalui perkongsian pandangan, […]

Warga PISM UMT Raih Anugerah Kecemerlangan

Kuala Nerus, 21 Ogos 2025 – Pusat Islam Sultan Mahmud UMT terus menunjukkan kecemerlangan apabila tiga pegawainya menerima pengiktirafan berprestij dalam Majlis Anugerah Tahunan UMT 2025 yang diadakan di Dewan Sultan Mizan, UMT. Majlis ini merupakan acara tahunan universiti yang dianjurkan bagi meraikan warga kerja yang menunjukkan prestasi cemerlang, dedikasi tinggi serta kesetiaan dalam perkhidmatan. […]

PISM UMT Bersama Komuniti

PISM Bersama Komuniti : Rezeki Dikongsi, Ukhuwwah Bersemi Pusat Islam Sultan Mahmud UMT telah menganjurkan Program PISM Bersama Komuniti pada 27 dan 28 Julai 2025 bertempat di dataran Masjid UMT. Program julung kali ini berjaya menarik ratusan pengunjung daripada warga UMT dan masyarakat sekitar Kuala Nerus. Selama dua hari, pelbagai aktiviti menarik dianjurkan merangkumi aspek […]