KUALA NERUS, 1 Februari 2026 – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menerima kunjungan hormat daripada Pertubuhan IKRAM Kuala Nerus yang diketuai oleh Profesor Emeritus Ir Dr. Ahmad bin Jusoh, Yang Dipertua Pertubuhan IKRAM Kuala Nerus, bersama beberapa ahli jawatankuasa pertubuhan.
Kunjungan ini bertujuan mempertingkatkan kerjasama strategik, menjalin ukhuwah serta bertukar pandangan berhubung aktiviti dan program yang bakal dilaksanakan. Antara isu yang dibincangkan ialah program kerjasama yang dirancang sempena bulan Ramadan di Masjid UMT.
PISM menyambut baik kunjungan ini dan mengalu-alukan peluang kerjasama yang bakal dijalinkan. Pihak penganjur merakamkan penghargaan kepada Pertubuhan IKRAM Kuala Nerus atas kunjungan tersebut dan berharap segala program yang dibincangkan dapat direalisasikan serta diperkukuh pada masa hadapan demi manfaat bersama.







