PISM | Pusat Islam Sultan Mahmud

MAJLIS PERASMIAN KULIAH DHUHA SERIKANDI 2026 MERIAHKAN MASJID UMT

KUALA NERUS, 20 Januari 2026 – Majlis Perasmian Kuliah Dhuha Serikandi 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Selasa bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Majlis perasmian disempurnakan oleh Dr Kasyfullah bin Abdul Kadir, Ketua Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) UMT, menandakan permulaan rasmi pengisian Kuliah Dhuha Serikandi bagi tahun 2026. Program ini menekankan pengukuhan ilmu, pemahaman agama dan pembangunan rohani khususnya dalam kalangan muslimat.

Dalam majlis yang sama, PISM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr Aisyah binti Dollah @ Abdullah, Pensyarah Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan UMT, atas kesudian beliau menggantikan Ustazah Hawa binti Embong sepanjang tempoh tiga bulan yang lalu. Tindakan ini memastikan kelangsungan kuliah dapat diteruskan dengan baik dan berkesan.

Majlis turut menyaksikan bermulanya sesi pengajaran Kuliah Dhuha Serikandi oleh Ustazah Hawa binti Embong, Pesara Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Kehadiran dan penyampaian beliau amat dialu-alukan, diharap memberi manfaat berterusan kepada para jemaah serta menyemarakkan pengisian ilmu di Masjid UMT.

Diharapkan penganjuran Kuliah Dhuha Serikandi ini menjadi platform berterusan dalam menyemarakkan budaya ilmu, memperkukuh kefahaman agama serta menyuburkan nilai-nilai kerohanian dalam kalangan warga UMT dan komuniti setempat.

Kongsikan Berita Ini:

Teruskan Membaca