Skip to main content

PISM | Pusat Islam Sultan Mahmud

ONE DAY ONE JUZUK WARNAI RAMADAN UMT

KUALA NERUS – Program One Day One Juzuk (ODOJ) sempena Festival Ramadan UMT 2026 berlangsung dengan penuh penghayatan sepanjang bulan Ramadan di Studio al-Quran, Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM).

Program yang menghimpunkan tadarus al-Quran dari juzuk 1 hingga juzuk 30 ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pegawai-pegawai utama dan kanan universiti, staf daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ), para pelajar, malah turut disertai oleh pasangan suami isteri yang bersama-sama meluangkan masa untuk bertadarus.

Keistimewaan program pada tahun ini terserlah dengan penyertaan Naib Canselor UMT, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim, yang turut bertadarus bersama Prof. Madya Dr. Engku Fadzli Hasan bin Syed Abdullah, Pengarah Pusat Ekosistem Digital UMT. Penyertaan barisan kepimpinan universiti ini menjadi teladan yang baik dalam menyemarakkan budaya membaca dan menghayati al-Quran dalam kalangan warga kampus.

Program ODOJ bukan sahaja menyasarkan khatam al-Quran secara berjemaah, malah menjadi wadah memperkukuh ukhuwah dan memupuk budaya kerja yang berteraskan nilai-nilai Islam di UMT.

Kongsikan Berita Ini:

Teruskan Membaca