Kuala Nerus, 14 APRIL 2026 – Kelab Canselori Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Canselori 2026 yang disusuli dengan Majlis Hari Raya Aidilfitri Canselori 2026 dalam suasana penuh kemesraan dan semangat kekeluargaan.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran Naib Canselor UMT bersama Timbalan-Timbalan Naib Canselor, barisan pengurusan universiti serta warga Canselori UMT yang hadir bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri dan memperkukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja.
Mesyuarat Agung Tahunan ini turut menyaksikan pelantikan Encik Wan Hafiz sebagai Pengerusi Kelab Canselori UMT bagi sesi baharu. Pelantikan tersebut diharapkan dapat meneruskan kecemerlangan kelab dalam merancang serta melaksanakan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada ahli dan warga universiti.
Majlis Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung selepas mesyuarat menjadi platform terbaik untuk mengeratkan ukhuwah, memupuk semangat kebersamaan serta menghargai sumbangan seluruh warga Canselori dalam memacu kecemerlangan Universiti Malaysia Terengganu.
Semoga kepimpinan baharu Kelab Canselori UMT terus membawa pembaharuan, memperkukuh kebajikan ahli serta mempertingkatkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga Canselori demi kecemerlangan universiti.


