Skip to main content

PISM | Pusat Islam Sultan Mahmud

SUKAN RAKYAT R&R@UMT 2026 ERATKAN UKHUWAH WARGA UMT MELALUI SEMANGAT KESUKANAN

Kuala Nerus, 30 April 2026 – Canselori UMT telah menganjurkan Program Sukan Rakyat R&R@UMT (Refresh & Recharge @ UMT) 2026 di Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, UMT sebagai platform mengeratkan hubungan silaturahim serta menyemarakkan budaya hidup sihat dalam kalangan warga universiti.

Program yang menghimpunkan warga UMT daripada pelbagai pusat tanggungjawab itu berlangsung dalam suasana meriah dan penuh semangat menerusi pelbagai aktiviti sukan rakyat yang menggalakkan penyertaan semua peringkat warga kerja.

Antara acara yang dipertandingkan ialah Senam Seni, Sepak Raga dan Tuju Selipar, iaitu permainan tradisional yang bukan sahaja mencetuskan suasana ceria malah mengimbau nostalgia serta memupuk semangat kerjasama, kesepakatan dan persahabatan dalam kalangan peserta.

Selain pertandingan sukan rakyat, program turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada para peserta sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan penyertaan yang diberikan.

Penganjuran Sukan Rakyat R&R@UMT 2026 mencerminkan komitmen Canselori UMT dalam menyediakan ruang rekreasi yang sihat dan inklusif bagi memperkukuh hubungan antara warga universiti, di samping mengimbangi tuntutan tugas dengan aktiviti riadah yang memberi manfaat kepada kesejahteraan fizikal dan mental.

Diharapkan program seumpama ini akan terus menjadi agenda tahunan universiti dalam membudayakan gaya hidup aktif, memperkukuh semangat berpasukan serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan seluruh warga UMT selaras dengan aspirasi universiti ke arah melahirkan persekitaran kerja yang harmoni, produktif dan sejahtera.

Kongsikan Berita Ini:

Teruskan Membaca