Skip to main content

PISM | Pusat Islam Sultan Mahmud

REBUT PAHALA BERSIHKAN JIWA

Kuala Nerus, 27 Februari 2026 – Masjid, Pusat Islam Sultan Mahmud, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjadi lokasi penganjuran Ijtimak Ramadan Terengganu (IRAT) 2026 yang menghimpunkan masyarakat bagi menghayati kemuliaan Ramadan menerusi pelbagai pengisian kerohanian dan ilmiah bertemakan “Ramadan+ Rebut Pahala, Bersihkan Jiwa”.

Program tahunan ini merupakan anjuran bersama Pertubuhan IKRAM Kuala Nerus, Pertubuhan IKRAM Kuala Terengganu, Pusat Islam Sultan Mahmud UMT dan YADIM Terengganu sebagai platform memperkukuh kefahaman Islam, menyemarakkan budaya ilmu serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Yang Berbahagia Ustaz Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin.

Antara pengisian utama ialah slot Ramadan+ Rebut Pahala, Bersihkan Jiwa yang disampaikan oleh Ahli Zamalah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Dr. Ahmad Marzuki Mohamad. Program diteruskan dengan Kuliah Ramadan dan Jihad Palestin yang disampaikan oleh Profesor Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Dr. Mohd Afandi Salleh.

Turut berlangsung Forum Perdana Madani bertajuk “Membina Masyarakat Bertamadun” yang menampilkan Ahli Zamalah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Harme Aman Razali; Dekan Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL), UniSZA, Prof. Madya Dr. Firdaus Khairi Abd. Kadir; Prof. Emeritus Dr. Ahmad Jusoh; serta Penyelaras Kurikulum Tersedia Masa Hadapan UniSZA, Dr. Mohd Aiman Hamdan sebagai ahli panel.

Hadir sama Timbalan Pendaftar (Hal Ehwal Islam), Pusat Islam Sultan Mahmud UMT, Ustazah Faizah binti Ismail; Yang Dipertua IKRAM Negeri Terengganu, Tuan Haji Jalaluddin bin Adam; Yang Dipertua IKRAM Kuala Nerus, Prof. Emeritus Ir. Dr. Ahmad Jusoh; Pengarah Program IRAT 2026 merangkap Yang Dipertua IKRAM Kuala Terengganu, Haji Mazlan bin Ahmad; serta Ts. Mohd Hazrul bin Hashim.

Selain pengisian ilmiah, peserta turut mengimarahkan program dengan tadarus al-Quran, qiyamullail, kuliah Subuh, solat berjemaah termasuk solat Jumaat, Maghrib, Isyak dan Tarawih, serta iftar berjemaah yang menjadi medium memperkukuh ukhuwah dan semangat kebersamaan sepanjang Ramadan.

Penganjuran IRAT 2026 mencerminkan komitmen Pusat Islam Sultan Mahmud UMT bersama rakan strategik dalam memperkasa program pengimarahan masjid, menyuburkan budaya ilmu serta memperluaskan syiar Islam melalui jalinan kerjasama yang memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Kongsikan Berita Ini:

Teruskan Membaca