KUALA NERUS, 17 Jun 2026 – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan Majlis Bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah bertempat di Masjid UMT dalam suasana penuh khusyuk dan keberkatan sempena sambutan Maal Hijrah 1448H.
Majlis turut diserikan dengan Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Masrul Ariffin, diikuti bacaan Surah Al-Mulk selepas solat Isyak sebagai pengisian rohani dalam menyambut tahun baharu Hijrah.
Penganjuran majlis ini bertujuan menyemarakkan penghayatan terhadap peristiwa hijrah serta menggalakkan warga universiti dan jemaah untuk menjadikan kedatangan tahun baharu Islam sebagai ruang memperbaiki diri, memperkukuh keimanan dan meningkatkan istiqamah dalam melaksanakan amal ibadah.
Semoga sambutan Maal Hijrah 1448H menjadi pemangkin kepada pembentukan peribadi Muslim yang lebih baik serta memperkukuh penghayatan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.
Salam Maal Hijrah 1448H
Menghayati Hijrah, Memperkukuh Iman, Membina Ummah.










