Skip to main content

PISM | Pusat Islam Sultan Mahmud

WARGA PISM RAIH ANUGERAH KECEMERLANGAN SEMPENA MAJLIS ANUGERAH TAHUNAN UMT 2026

DEWAN SULTAN MIZAN UMT, 26 JULAI 2026 – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada tiga orang warganya atas kejayaan menerima pengiktirafan berprestij sempena Majlis Anugerah Tahunan UMT 2026.

Pengiktirafan tersebut diberikan kepada Puan Faizah binti Ismail, Encik Muhammad Farhan bin Othman dan Encik Abdul Rahim bin Hj Uzip@Othman yang telah menerima Anugerah Khas Naib Canselor sebagai penghargaan terhadap sumbangan, komitmen dan dedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab serta memajukan agenda Hal Ehwal Islam dan pengurusan Pusat Islam Sultan Mahmud UMT.

Dalam majlis yang sama, Encik Muhammad Farhan bin Othman, Pegawai Tadbir (Hal Ehwal Islam), Pusat Islam Sultan Mahmud UMT turut menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025 (APC) sebagai pengiktirafan terhadap prestasi kerja, komitmen dan mutu perkhidmatan cemerlang yang telah ditunjukkan sepanjang tahun penilaian.

Kejayaan ini mencerminkan budaya kerja berkualiti, semangat berpasukan serta komitmen berterusan warga PISM dalam memastikan penyampaian perkhidmatan dan pengurusan organisasi sentiasa berada pada tahap terbaik.

Seluruh warga Pusat Islam Sultan Mahmud UMT dan Jawatankuasa Masjid UMT amat menghargai segala usaha, pengorbanan serta sumbangan yang telah diberikan. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan kecemerlangan diri, memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi dan memberikan sumbangan yang lebih bermakna kepada universiti serta masyarakat.

Cemerlang Berbakti, Terbilang Berorganisasi.

Ikhlas daripada Ketua dan Warga Pusat Islam Sultan Mahmud serta Jawatankuasa Masjid UMT.

Kongsikan Berita Ini:

Teruskan Membaca