Pusat Islam Sultan Mahmud UMT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cik Aisyah binti Abdullah @ Qadir, pelajar Sarjana Muda Da’wah dan Pengurusan Islam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang telah menamatkan latihan industri di PISM pada 16 Julai 2026.
Sepanjang menjalani latihan industri, beliau telah menunjukkan komitmen, disiplin serta kesungguhan yang tinggi dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan, di samping memberikan sumbangan yang bermakna dalam membantu pelaksanaan pelbagai program dan urusan pentadbiran PISM.
Semoga segala ilmu, pengalaman dan kemahiran yang diperoleh sepanjang tempoh latihan ini menjadi bekalan yang bermanfaat dalam melangkah ke alam kerjaya serta terus cemerlang dalam bidang dakwah dan pengurusan Islam.
Seluruh warga Pusat Islam Sultan Mahmud mendoakan agar Cik Aisyah terus dikurniakan kejayaan, dipermudahkan segala urusan serta menjadi insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Terima kasih atas segala jasa dan sumbangan. Semoga terus maju jaya.








