Skip to main content

PISM | Pusat Islam Sultan Mahmud

KULIAH DHUHA SERIKANDI TERUS SEMARAK DENGAN PENGISIAN ILMU BERMANFAAT

Masjid UMT, 14 Julai 2026 – Kuliah Dhuha Serikandi anjuran Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus berlangsung dengan kehadiran jemaah yang komited mengikuti pengajian ilmu secara mingguan di Masjid UMT.

Kuliah yang disampaikan oleh Ustazah Hawa binti Embong, Pesara Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, meneruskan syarahan kitab yang sama seperti siri-siri terdahulu. Para jemaah berpeluang menambah kefahaman terhadap isi kandungan kitab melalui huraian yang jelas, disertai nas-nas al-Quran, hadis serta contoh-contoh yang dekat dengan kehidupan seharian.

Penganjuran Kuliah Dhuha Serikandi merupakan antara inisiatif berterusan Pusat Islam Sultan Mahmud dalam memperkasa budaya ilmu dan menyemarakkan pengimarahan Masjid UMT. Program ini turut menjadi medan buat muslimat untuk menimba ilmu, memperkukuh kefahaman agama serta mengeratkan ukhuwah dalam suasana yang penuh harmoni.

PISM menjemput seluruh warga UMT dan masyarakat setempat untuk terus menghadiri Kuliah Dhuha Serikandi yang diadakan pada setiap minggu bagi bersama-sama menghidupkan majlis ilmu dan meraih keberkatan daripada Allah SWT.

Kongsikan Berita Ini:

Teruskan Membaca