Skip to main content

PISM | Pusat Islam Sultan Mahmud

MESYUARAT JAWATANKUASA MASJID UMT KALI KE-20 PERKUKUH PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MASJID

KUALA NERUS, 12 Ogos 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Masjid Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Kali Ke-20 telah berlangsung di Studio Al-Quran, Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), UMT.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Prof. Ts. Dr. Muhammad Suzuri bin Hitam, Pengerusi Jawatankuasa Masjid UMT bersama barisan Jawatankuasa Masjid UMT bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan pengurusan dan pentadbiran masjid.

Pelbagai perkara telah diperhalusi bagi memastikan setiap perancangan yang dirangka dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, berkesan dan menepati keperluan semasa. Perbincangan yang berlangsung turut menjadi platform untuk menilai perkembangan pengurusan masjid serta memperkemas gerak kerja bagi pelaksanaan program-program akan datang.

Komitmen berterusan Jawatankuasa Masjid UMT ini diharapkan dapat terus memperkukuh peranan PISM sebagai pusat ibadah, ilmu, dakwah dan pengimarahan, sekali gus menjadikan masjid sebagai salah satu nadi penting dalam pembentukan suasana kehidupan Islam di kampus.

Semoga segala keputusan dan perancangan yang telah dipersetujui dapat dilaksanakan dengan sebaiknya demi kelangsungan pengimarahan Masjid UMT serta memberikan manfaat kepada seluruh warga universiti.

Kongsikan Berita Ini:

Teruskan Membaca