Skip to main content

PISM | Pusat Islam Sultan Mahmud

SESI AUDIT KEWANGAN MASJID UMT PERKUKUH TADBIR URUS DAN AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN

KUALA NERUS, 9 Ogos 2026 – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah melaksanakan Sesi Audit Kewangan Masjid UMT yang berlangsung di Bilik Mesyuarat PISM.

Sesi audit tersebut telah dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Roshaiza Taha, Pengarah Pusat Transformasi, Perancangan Strategik dan Risiko UMT merangkap Juru Audit Masjid UMT. Turut hadir ialah Ustaz Muhammad Farhan bin Othman, Setiausaha Jawatankuasa Masjid UMT dan Ustaz Mohd Syafiq bin Alias, Bendahari Masjid UMT.

Pelaksanaan audit ini merupakan antara langkah penting dalam memastikan pengurusan kewangan Masjid UMT sentiasa dilaksanakan secara telus, sistematik, berintegriti dan berlandaskan prinsip tadbir urus yang baik.

Sesi ini turut menjadi medium semakan dan penilaian terhadap pengurusan serta rekod kewangan masjid, di samping memperkukuh aspek akauntabiliti dalam pengurusan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada pihak masjid.

Komitmen berterusan terhadap tadbir urus yang baik ini diharapkan dapat memastikan setiap amanah dan sumbangan yang diterima diuruskan dengan penuh tanggungjawab demi kemaslahatan jemaah serta pembangunan dan pengimarahan Masjid UMT.

Kongsikan Berita Ini:

Teruskan Membaca