Pusat Islam Sultan Mahmud UMT dengan penuh takzim merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Eksekutif Masjid UMT serta Bilal Rawatib Masjid UMT atas segala jasa, bakti dan pengorbanan yang telah dicurahkan dalam mengimarahkan rumah Allah ini.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, mereka telah memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan kelancaran pentadbiran masjid, menghidupkan solat berjemaah, serta menyemarakkan suasana kerohanian dalam kalangan warga kampus. Komitmen yang ditunjukkan bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat universiti, bahkan turut menjadi teladan kepada seluruh warga agar terus mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Senarai penerima penghargaan adalah seperti berikut:
- Eksekutif Masjid UMT
- Hafizi bin ‘Isa
- Bilal Rawatib Masjid UMT
- Muhammad Aiman Faris bin Shairul Azman
- Muhammad Aqasha Mukris bin Zainuri
- Muhammad Hafiz bin Khairul Anwar
PISM UMT mendoakan semoga segala usaha murni ini diberi ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT sebagai amal soleh yang berterusan. Semoga jasa mereka menjadi sumber inspirasi dan motivasi dalam meneruskan budaya cinta masjid serta penghayatan nilai Islam dalam kalangan mahasiswa dan seluruh warga kampus.















