PISM | Pusat Islam Sultan Mahmud

Penasihat Baharu Perkasa Kelab Sayap PISM UMT

Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas pelantikan penasihat baharu bagi enam (6) kelab sayap di bawah naungan PISM. Pelantikan ini diharap dapat memperkukuhkan lagi hala tuju serta peranan kelab dalam menyemarakkan budaya ilmu, dakwah, kesukarelawanan dan kesenian Islam di kampus.

Keenam-enam kelab sayap tersebut ialah:

  1. Kelab Sahabat Masjid UMT – Ustaz Muhammad Farhan bin Othman
  2. Kelab MyUsrah UMT – Ustazah Faizah binti Ismail
  3. Kelab Ilhaam UMT – Ustaz Ahmad Mustaffa bin Mohamad
  4. Kelab Muslim Youth Volunteer UMT – Encik Abdul Rahim bin Hj Uzip@Othman
  5. Kelab Rakan Siswa YADIM UMT – Ustaz Mohd Syafiq bin Alias
  6. Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia UMT – Ustaz Naim Rafizi bin Rahman

Penasihat yang dilantik akan menjadi rakan strategik serta penggerak utama dalam membimbing pelajar melaksanakan pelbagai program berbentuk kerohanian, kebajikan, kepimpinan dan kemasyarakatan. Dengan adanya bimbingan ini, kelab sayap PISM diyakini mampu melahirkan mahasiswa yang seimbang dari segi ilmu, akhlak, kepimpinan dan sahsiah diri, selaras dengan misi universiti dalam membina generasi berdaya saing dan berintegriti.

PISM UMT mendoakan semoga Allah SWT memberkati setiap usaha murni penasihat bersama barisan pelajar, serta dipermudahkan dalam merealisasikan visi dakwah dan pembangunan insan di kampus tercinta.

Kongsikan Berita Ini:

Teruskan Membaca