PISM | Pusat Islam Sultan Mahmud

Kunjungan Hormat Majlis Perwakilan Pelajar UMT Sesi 2025/2026 ke Pusat Islam Sultan Mahmud

PISM UMT, 11 Disember 2025 – Pusat Islam Sultan Mahmud, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT sesi 2025/2026.

Kunjungan ini diketuai oleh Saudara Amirul Hafiz, Naib Yang Dipertua MPP UMT, bertujuan memperkenalkan barisan kepimpinan baharu MPP kepada pihak pengurusan Pusat Islam serta membincangkan potensi kerjasama strategik dua hala dalam pelaksanaan program pembangunan pelajar dan aktiviti keagamaan kampus.

Pertemuan mesra ini menjadi platform penting untuk memperkukuh jaringan kerjasama antara MPP dan Pusat Islam UMT dalam usaha memperkasa agenda kepimpinan, kerohanian dan kebajikan mahasiswa.

Pusat Islam UMT merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada MPP UMT atas kunjungan ini. Diharapkan sinergi yang terjalin akan diteruskan melalui pelaksanaan program bersama pada masa akan datang.

Kongsikan Berita Ini:

Teruskan Membaca