Skip to main content

PISM | Pusat Islam Sultan Mahmud

IMAM RAWATIB MASJID UMT DINOBATKAN JOHAN QARI PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH SETIU 1448H/2026M

KUALA NERUS, 28 September 2026 – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) dan Jawatankuasa Masjid Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Encik Zulkifly bin Adnan, Imam Rawatib Masjid UMT atas kejayaan meraih gelaran Johan Qari dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Setiu Tahun 1448H/2026M.

Pertandingan tersebut telah berlangsung pada 28 September 2026 bertempat di Masjid Al-Amin, Kampung Sungai Lerek, Setiu, Terengganu.

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan, khususnya dalam mengangkat syiar al-Quran serta memperlihatkan keunggulan seni bacaan al-Quran di peringkat daerah. Pencapaian tersebut turut mencerminkan komitmen dan kesungguhan dalam memartabatkan al-Quran melalui penghayatan serta penguasaan seni tilawah.

PISM dan Jawatankuasa Masjid UMT turut menzahirkan rasa bangga atas kejayaan beliau yang juga menyumbang khidmat sebagai Imam Rawatib di Masjid UMT. Diharapkan pencapaian ini dapat menjadi inspirasi kepada seluruh warga universiti dan para jemaah untuk terus mendekati, mencintai serta menghayati al-Quran dalam kehidupan seharian.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus istiqamah menyumbang bakti melalui al-Quran serta dikurniakan kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Tahniah dan syabas diucapkan!

Kongsikan Berita Ini:

Teruskan Membaca