Penubuhan Pusat Islam pada tahun 2004 bermula dengan Unit Kaunseling dan Kerohanian dan bertanggungjawab di bawah Pusat Pembangunan dan Kebajikan Pelajar. Fungsi yang dijalankan adalah merancang dan melaksana program pembangunan kerohanian dan sahsiah pelajar di samping pengurusan Tabung Bantuan Kewangan Pelajar. Seterusnya, Unit Kerohanian diberi tenggungjawab untuk mengembangkan lagi bantuan kebajikan dengan transformasi perluasan skop bantuan kebajikan pelajar di samping pengurusan Tabung Zakat Pelajar. Sejajar dengan pertambahan kakitangan dan perluasan fungsi, pada tahun 2011 Unit Kerohanian dinaik taraf kepada Pusat Islam dan dua unit utama ditubukan iaitu Unit Kerohanian dan Unit Kebajikan.
Hasil transformasi pentadbiran UMT pada tahun 2013, Pusat Islam bertanggungjawab di bawah Pejabat Pendaftar dan fungsi sedia ada Pusat Islam diperluaskan daripada dua seksyen kepada empat seksyen iaitu Seksyen Pengimarahan dan Pentadbiran Masjid, Seksyen Pembangunan Syiar, Seksyen Kesejahteraan Kewangan Pelajar dan Seksyen Zakat dan Wakaf.
Bangunan Pusat Islam mula beroperasi secara rasmi pada 22 April 2015 dan diberikan kebenaran berjumaat pada 26 Jun 2015. Majlis Pemasyhuran telah disempurnakan oleh KDYMM Sultan Terengganu pada 02 Oktober 2015 dan bangunan ini dinamakan Pusat Islam Sultan Mahmud. Bermula 01 November 2015, Pusat Islam Sultan Mahmud berada di bawah pentadbiran Pejabat Naib Canselor dan fungsi diperluaskan kepada penyelidikan yang berteraskan Sains dan Islam.
Penubuhan Unit Kaunseling dan Kerohanian di bawah Pusat Pembangunan dan Kebajikan Pelajar.
Unit Kerohanian dinaik taraf kepada Pusat Islam, dan dua unit utama ditubuhkan iaitu Unit Kerohanian dan Unit Kebajikan.
Pusat Islam bertanggungjawab di bawah Pejabat Pendaftar UMT dan fungsi sedia ada di perluas kepada 4 seksyen
Pentadbiran PISM telah diletakkan di bawah Canselori UMT dengan diketuai oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh dua orang Timbalan Pengarah
Penyerahan kunci dan berpindah ke Bangunan PUSAT ISLAM SULTAN MAHMUD (PISM) yang baru telah dibuat pada 25 Februari 2015
Kebenaran untuk melakukan Solat Jumaat oleh Pihak MAIDAM pada 26 Jun 2015
Pemasyhuran sebagai PUSAT ISLAM SULTAN MAHMUD oleh KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 Oktober 2015
PUSAT ISLAM SULTAN MAHMUD (PISM) telah dinaiktaraf sebagai Pusat Tanggungjawab, Tier 1 pada 1 Oktober 2021