Apakah itu Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM)? PISM adalah pusat pengurusan hal ehwal Islam Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang bertanggungjawab dalam pengimarahan masjid, pembangunan kerohanian warga kampus, serta hubungan komuniti melalui program-program keislaman dan sebagainya.
Siapa yang boleh menggunakan kemudahan dan menyertai program anjuran PISM? Semua warga UMT termasuk pelajar dan staf serta komuniti luar (mengikut kesesuaian dan jemputan) boleh menyertai program dan menggunakan kemudahan yang disediakan oleh PISM.
Program & Aktiviti
Apakah jenis program yang dianjurkan oleh PISM? Antara program yang dijalankan termasuk:
Kuliah harian dan mingguan
Kursus ibadah dan fardu ain
Ceramah dan wacana ilmu
Program kelab mahasiswa (MyUsrah, Sahabat Masjid, dll.)
Sambutan hari kebesaran Islam
Program kerjasama komuniti dan agensi luar
Bagaimana saya boleh tahu jadual kuliah dan aktiviti terkini PISM? Jadual terkini akan dipaparkan di laman web rasmi PISM, media sosial (Facebook/Instagram rasmi), dan hebahan pada televisyen Masjid UMT.
Bolehkah pelajar mencadangkan atau menganjurkan program bersama PISM? Ya, pelajar digalakkan untuk mencadangkan atau menganjurkan program bersama, tertakluk kepada semakan dan kelulusan PISM.
Kemudahan & Tempahan
Apakah kemudahan yang terdapat di Masjid UMT? Masjid UMT menyediakan dewan solat utama, bilik fardhu ain 1, bilik fardhu ain 2, bilik jamuan, bilik kenamaan 1(bilik menunggu vip), bilik kenamaan 2(suite room vip), bilik mesyuarat utama, studio Al-Quran(eksekutif), cultural heritage digital gallery, pusat sumber 1, pusat sumber 2, pejabat PISM, dataran parkir masjid UMT serta kemudahan wuduk, tandas dan bilik pengurusan jenazah.
Bagaimana untuk menempah ruang atau kemudahan di masjid? Tempahan boleh dibuat dengan hadir ke pejabat PISM untuk urusan tempahan dan pengesahan.
Adakah PISM menyediakan perkhidmatan perkahwinan atau akad nikah? Tidak. Namun pihak PISM boleh membantu dari segi nasihat, rujukan dan fasiliti untuk akad nikah.
Kelab dan Mahasiswa
Apakah kelab di bawah naungan PISM? PISM menaungi beberapa kelab seperti:
Kelab Sahabat Masjid
Kelab Rakan Siswa YADIM
Kelab PERKIM UMT
Kelab Sukarelawan
Kelab MyUsrah
Kelab Kesenian Islam
Bagaimana saya boleh menyertai kelab-kelab ini? Pendaftaran dibuka semasa Minggu Jalinan Mesra dan juga sepanjang semester melalui pautan rasmi dan melalui wakil kelab masing-masing.
Lain-lain
Di manakah lokasi PISM? PISM terletak di dalam kawasan Masjid UMT, bersebelahan Pusat Islam Sultan Mahmud, Universiti Malaysia Terengganu.
Bagaimana cara untuk menghubungi PISM? Anda boleh hubungi kami melalui: