PISM | Pusat Islam Sultan Mahmud

Lawatan Pusat Islam UMPSA ke PISM UMT

Lawatan Penanda Aras Pusat Islam & Pembangunan Insan, UMPSA ke PISM UMT

Kuala Nerus, 13 Ogos 2025 – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menerima kunjungan hormat daripada Pusat Islam & Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dalam satu lawatan penanda aras yang berlangsung di Studio Al-Quran, UMT.

Lawatan ini diketuai oleh Profesor Madya Dr. Rashidi bin Abbas, Pengarah Pusat Islam & Pembangunan Insan UMPSA, dengan objektif untuk mempertingkatkan kerjasama strategik, mempererat ukhwah serta bertukar pandangan berkaitan aktiviti, kursus dan pengurusan kewangan.

Pihak PISM menyambut baik agenda lawatan tersebut sebagai usaha bersama dalam memperkukuh hubungan strategik yang memberi manfaat kepada kedua-dua institusi.

Dalam siri lawatan berkenaan, delegasi turut dibawa melawat ke Galeri Digital Warisan Budaya, yang menampilkan koleksi Al-Quran dengan teknologi Realiti Terimbuh (Augmented Reality) sebagai salah satu tarikan utama pusat ini.

PISM UMT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak UMPSA atas kunjungan ini dan berharap agar perbincangan serta kerjasama yang dirancang dapat direalisasikan serta diperkukuh pada masa akan datang.

Disediakan oleh

Seksyen Penyelidikan, Pembangunan dan Jaringan

Pusat Islam Sultan Mahmud UMT

13 Ogos 2025

Kongsikan Berita Ini:

Teruskan Membaca