Kuala Nerus, 29 September 2025 – Sempena pendaftaran pelajar baharu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sesi 2025/2026, Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) telah menganjurkan Program R&R: Rehat & Rawat @Masjid UMT sebagai inisiatif menyantuni pelajar baharu bersama ibu bapa dan keluarga.
Program ini menyediakan sarapan dan makan tengah hari percuma, minuman ringan, serta ruang rehat, solat dan tandas yang selesa untuk kemudahan para tetamu. Suasana mesra dapat dilihat apabila ibu bapa dan pelajar singgah berehat, menjamu selera dan berinteraksi dengan warga PISM selepas perjalanan jauh.
Menurut Dr. Kasyfullah Abdul Kadir, Ketua Pusat Islam Sultan Mahmud UMT, program ini diadakan bagi meraikan pelajar baharu dan keluarga mereka, serta menzahirkan peranan masjid sebagai pusat kebajikan, ukhuwah dan komuniti kampus yang harmoni.
Selain itu, PISM turut menyumbang dalam pengisian Minggu Jalinan Mesra (MJM) dengan menyediakan ruang makan minum, kemudahan solat yang kondusif, serta Slot Bersama PISM pada 2 Oktober 2025 (Khamis), 7.30 malam di Masjid UMT.













