PISM | Pusat Islam Sultan Mahmud

“Gaza Menangis Lagi” Segarkan Kesedaran Global di 10th PISM-UMT Distinguished Public Lecture

KUALA NERUS, 24 Oktober 2025 – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan 10th PISM-UMT Distinguished Public Lecture bertempat di Masjid UMT dengan tajuk “Gaza Menangis Lagi.”

Program ini menampilkan Fadhilatul Sheikh Dr. Hammam Abdulraheem Said Melhem, ulama hadis terkemuka dari Jordan merangkap Pengerusi Global Al-Quds Antarabangsa, yang berkongsi pandangan tentang isu kemanusiaan Palestin dan tanggungjawab global umat Islam.

Syarahan diterjemahkan oleh Ustaz Mohd Kamal Nazmi Hj. Kamaruddin, Pengarah YADIM Terengganu, bagi memastikan mesej dan pengajaran dapat difahami sepenuhnya oleh para hadirin.

Naib Canselor UMT, Profesor Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim, dalam ucapan alu-aluan beliau menzahirkan rasa syukur atas kehadiran tokoh antarabangsa tersebut, sambil menegaskan bahawa siri PISM-UMT Distinguished Public Lecture berperanan sebagai wadah ilmu dan kesedaran sejagat.

Antara tokoh antarabangsa yang pernah diundang sebelum ini termasuk Prof. Dr. Muhammad Quraish Shihab (Indonesia), Datuk Dr. Annabel Gallop (London) dan Sheikh Dr. Ahmed Nuaina (Mesir).

Kongsikan Berita Ini:

Teruskan Membaca