PISM | Pusat Islam Sultan Mahmud

Lawatan Rasmi JPKK UMT Ke PISM UMT

Studio Al-Quran, 25 September 2025 (Khamis) – Pusat Islam Sultan Mahmud UMT telah menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman (JPKK) UMT sesi 2025/2026 bertempat di Studio al-Quran, PISM UMT.

Lawatan rasmi ini diketuai oleh Yang Dipertua JPKK, Saudara Muhammad Faizullah bin Abdullah, bersama barisan kepimpinan JPKK yang baharu. Tujuan utama kunjungan adalah untuk memperkenalkan barisan kabinet JPKK sesi 2025/2026 kepada pihak pengurusan PISM, di samping membincangkan ruang kerjasama strategik dalam pelaksanaan program-program pembangunan mahasiswa di kampus.

Pihak PISM UMT merakamkan penghargaan atas kunjungan ini dan berharap jalinan ukhuwah serta kerjasama yang dibincangkan dapat direalisasikan serta diperkukuh demi manfaat mahasiswa dan universiti secara keseluruhannya.

PISM UMT juga komited untuk terus menjadi rakan strategik dalam memperkasa sahsiah, kepimpinan dan kerohanian mahasiswa melalui pelbagai inisiatif bersama badan kepimpinan pelajar universiti.

Kongsikan Berita Ini:

Teruskan Membaca