PISM | Pusat Islam Sultan Mahmud

Sinergi Pusat Islam IPT di PISM UMT

Kuala Nerus, 5 Oktober 2025 – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Pengarah-Pengarah Pusat Islam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia yang berlangsung di Studio Al-Quran, PISM UMT.

Mesyuarat ini diadakan di bawah naungan Jawatankuasa Hal Ehwal Islam IPT Malaysia (JAHEIS) dan menghimpunkan para pengarah serta wakil Pusat Islam universiti awam dan swasta seluruh negara.
Perbincangan memberi tumpuan kepada hala tuju pengurusan Islam di kampus, pengukuhan sahsiah mahasiswa, serta strategi memperkasa jaringan dakwah dan kerjasama antara IPT.

Turut diadakan dalam mesyuarat ini ialah pembentangan laporan aktiviti JAHEIS bagi tahun semasa, termasuk inisiatif kolaboratif dan pelan tindakan bersama dalam memperkukuh agenda Islam di peringkat pendidikan tinggi.

Program ini turut diserikan dengan sesi perkongsian strategik dan perbincangan meja bulat antara pengarah pusat Islam IPT, dengan harapan melahirkan sinergi yang lebih mantap dalam memperkukuh ekosistem dakwah dan pembangunan rohani mahasiswa di seluruh IPT Malaysia.

PISM UMT selaku tuan rumah menzahirkan penghargaan atas kehadiran semua delegasi dan berharap mesyuarat ini menjadi pemangkin kepada usaha memperkasa jaringan pusat Islam dalam membina kampus rahmah dan berdaya ihsan.

Kongsikan Berita Ini:

Teruskan Membaca