PISM | Pusat Islam Sultan Mahmud

Lawatan Ilmiah Sekolah Menengah Islam Aman, Kelantan ke PISM UMT Buka Peluang Perkongsian Ilmu

KUALA NERUS, 21 Oktober 2025 (Selasa) – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menerima kunjungan 22 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring daripada Sekolah Menengah Islam Aman, Kelantan dalam program Lawatan Ilmiah ke PISM-UMT yang berlangsung di Studio Al-Quran, UMT.

Lawatan yang diketuai oleh Puan Nur Damia binti Zaidi bertujuan memberi pendedahan ilmu dan pengalaman baharu kepada para pelajar melalui perkongsian maklumat serta penerokaan teknologi Islam kontemporari di PISM.

Sepanjang lawatan, rombongan dibawa meninjau kawasan sekitar Masjid UMT serta diberi penerangan mengenai peranan PISM dalam pembangunan rohani dan pengajian Islam di universiti. Para pelajar turut berpeluang melawat Galeri Digital Warisan Budaya, yang mempamerkan koleksi Al-Quran interaktif berasaskan teknologi Realiti Terimbuh (Augmented Reality).

Program ini diharap dapat menyemai minat pelajar terhadap ilmu Islam dan teknologi, serta memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan menengah dan universiti dalam memperkasa agenda keilmuan dan dakwah.

Kongsikan Berita Ini:

Teruskan Membaca