Program Rehat & Rawat (RNR) sempena Konvokesyen UMT 2025 telah dilaksanakan dengan jayanya selama empat hari berturut-turut, bermula 26 hingga 29 Oktober 2025 bertempat di perkarangan Masjid Universiti Malaysia Terengganu.
Program ini merupakan inisiatif Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) dalam menyediakan kemudahan mesra pengunjung sepanjang musim konvokesyen, termasuk jamuan makan percuma, ruang rehat untuk para tetamu, serta ruang nurseri khas untuk ibu dan anak.
Langkah ini mendapat maklum balas positif daripada para pengunjung dan keluarga graduan yang hadir. Semoga inisiatif kecil ini terus menyemarakkan suasana ukhuwah dan rahmah di kampus UMT.












