Kuala Nerus, 8 November 2025 – Kem Kepimpinan Islam Mahasiswa UMT Fasa 1 anjuran Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Studio Al-Quran, PISM.
Program ini menjadi medan permulaan kepada siri pembangunan kepimpinan Islam mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dengan memberi tumpuan kepada aspek pengurusan aktiviti, pembinaan sahsiah, serta kefahaman terhadap struktur organisasi PISM.
Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Ketua PISM, Dr. Kasyfullah bin Abd Kadir, diikuti sesi taklimat pengurusan aktiviti kerohanian dan pembangunan sahsiah oleh Ustaz Muhammad Farhan bin Othman, Setiausaha Jawatankuasa Masjid UMT. Turut diadakan ialah penerangan tatacara pengurusan kewangan aktiviti oleh Ustaz Mohd Syafiq bin Alias, Bendahari Masjid UMT.
Peserta turut berpeluang mengikuti sesi bersama penasihat sayap masing-masing, yang memberi penerangan mendalam mengenai tanggungjawab, peranan dan aliran pengurusan setiap kelab di bawah PISM.
Sepanjang program, para peserta menunjukkan semangat dan komitmen yang tinggi, menjadikan kem ini satu permulaan yang baik dalam membina asas kepimpinan Islam yang berintegriti, berdisiplin dan berwawasan.
Program ini akan diteruskan dengan Fasa 2, yang menumpukan kepada latihan kepimpinan secara praktikal dan pembentukan jati diri mahasiswa.











