PISM | Pusat Islam Sultan Mahmud

PERKIM UMT Perkasa Dakwah Lapangan

Kompleks Darul Hidayah MAIDAM, 10 Disember 2025 – Kelab PERKIM Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Pusat Bimbingan Saudara Kita, Kompleks Darul Hidayah MAIDAM, bagi meningkatkan kefahaman mahasiswa terhadap pengurusan dakwah dan kebajikan saudara baru di bawah kendalian Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Lawatan yang diketuai oleh Ustaz Naim Rafizi bin Rahman, Penasihat Kelab PERKIM UMT, turut disertai oleh barisan mahasiswa kelab. Rombongan disambut oleh Tuan Haji Nazli Amirri bin Ngah, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat) MAIDAM, yang berkongsi penerangan tentang peranan institusi zakat dalam pembangunan mualaf.

Menurut Ustaz Naim, lawatan ini menjadi platform pembelajaran dakwah lapangan yang penting untuk memberi pendedahan sebenar kepada mahasiswa tentang pendekatan hikmah dan kasih sayang dalam membimbing saudara baru.

Lawatan ini turut membuka peluang kerjasama masa hadapan antara Kelab PERKIM UMT dan MAIDAM dalam penganjuran program kebajikan serta bimbingan mualaf, selaras dengan usaha memperkasa peranan mahasiswa dalam lapangan dakwah dan kemasyarakatan.

Kongsikan Berita Ini:

Teruskan Membaca