PISM | Pusat Islam Sultan Mahmud

KEM JEJAK PEMIMPIN RSY PERKASA KEPIMPINAN MAHASISWA ISLAM

Studio Al-Quran PISM UMT, 9 Januari 2026 – Kem Jejak Pemimpin RSY telah berjaya dilaksanakan di Studio Al-Quran, Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebagai platform pengukuhan kepimpinan dalam kalangan barisan pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) UMT.

Program ini menghimpunkan seluruh barisan kepimpinan RSY UMT bagi memperkukuh jati diri, meningkatkan kefahaman terhadap konsep kepimpinan Islam serta menyelaras gerak kerja organisasi agar lebih tersusun dan berkesan sepanjang sesi kepimpinan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pusat Islam Sultan Mahmud, Dr Kasyfullah Abd Kadir. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan kepimpinan berteras al-Quran dalam membentuk pemimpin mahasiswa Islam yang berakhlak, berwawasan serta mampu berdaya saing dalam mendepani cabaran semasa.

Turut menyampaikan amanat ialah Ustaz Mohd Syafiq Alias, Penasihat RSY UMT, yang mengingatkan para peserta agar sentiasa istiqamah, amanah dan bertanggungjawab dalam memikul peranan kepimpinan, selain mengekalkan semangat kebersamaan dalam organisasi.

Kem ini diharapkan menjadi titik tolak kepada pembentukan barisan pemimpin RSY yang lebih matang, bersatu hati serta komited dalam meneruskan agenda pembangunan dan pengukuhan syiar Islam di kampus Universiti Malaysia Terengganu.

Melangkah sebagai pemimpin, bergerak sebagai satu pasukan.

Kongsikan Berita Ini:

Teruskan Membaca