Skip to main content

PISM | Pusat Islam Sultan Mahmud

MUNAJAT DAN TAWAKKAL IRINGI PELAJAR UMT HADAPI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

MASJID UMT, 9 Julai – Pusat Islam Sultan Mahmud UMT telah menganjurkan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin sempena Minggu Peperiksaan Pelajar Sarjana Muda Sesi 2025/2026 di Masjid UMT sebagai usaha menyuntik semangat serta meningkatkan pergantungan kepada Allah SWT dalam menghadapi peperiksaan akhir semester.

Majlis dipimpin oleh Ustaz Syafiq Alias, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam merangkap Imam Masjid UMT, yang mengetuai bacaan Surah Yaasin, Solat Hajat dan doa munajat khusus sebagai ikhtiar memohon keberkatan serta kemudahan buat seluruh pelajar dalam menghadapi peperiksaan akhir semester.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen PISM dalam membudayakan amalan kerohanian di kampus, di samping mengingatkan warga universiti bahawa kecemerlangan akademik bukan sahaja bergantung kepada usaha dan persediaan, malah perlu disertai dengan doa serta tawakal kepada Allah SWT.

Semoga majlis ini menjadi asbab kepada keberkatan ilmu, ketenangan jiwa dan kejayaan seluruh pelajar UMT dalam menduduki peperiksaan, seterusnya melahirkan graduan yang cemerlang dari aspek akademik, sahsiah dan spiritual.

Kongsikan Berita Ini:

Teruskan Membaca