Kunjungan Hormat Majlis Perwakilan Pelajar UMT Sesi 2025/2026 ke Pusat Islam Sultan Mahmud

PISM UMT, 11 Disember 2025 – Pusat Islam Sultan Mahmud, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT sesi 2025/2026. Kunjungan ini diketuai oleh Saudara Amirul Hafiz, Naib Yang Dipertua MPP UMT, bertujuan memperkenalkan barisan kepimpinan baharu MPP kepada pihak pengurusan Pusat Islam serta membincangkan potensi kerjasama strategik […]
PERKIM UMT Perkasa Dakwah Lapangan

Kompleks Darul Hidayah MAIDAM, 10 Disember 2025 – Kelab PERKIM Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Pusat Bimbingan Saudara Kita, Kompleks Darul Hidayah MAIDAM, bagi meningkatkan kefahaman mahasiswa terhadap pengurusan dakwah dan kebajikan saudara baru di bawah kendalian Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Lawatan yang diketuai oleh Ustaz […]
Kem Bestari Solat SMK Padang Negara Cetus Kesedaran Ibadah Dalam Kalangan Remaja

SMK Padang Negara, 26 November 2025 – Program Kem Bestari Solat SMK Padang Negara telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 100 orang pelajar Tingkatan 1. Program ini memberi fokus kepada bimbingan asas wuduk, bacaan dalam solat, serta praktikal solat berjemaah sebagai usaha memperkukuh kefahaman dan penghayatan ibadah dalam kalangan pelajar. Pelaksanaan program ini turut mendapat […]
Latihan Lapangan Perkasa Jati Diri dan Dinamika Kepimpinan Mahasiswa Islam UMT

Jerteh, 13–15 November 2025 – Kem Kepimpinan Islam Mahasiswa UMT Fasa 2 anjuran Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) telah berlangsung dengan penuh bersemangat di Lata Kolam Air Deru Ecopark, Jerteh, melibatkan penyertaan barisan kepimpinan mahasiswa Islam Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Kem tiga hari dua malam ini merupakan kesinambungan daripada Fasa 1 yang diadakan pada awal […]
Asas Kepimpinan Islam Mahasiswa UMT Dibina Melalui Pemantapan Sahsiah dan Pengurusan

Kuala Nerus, 8 November 2025 – Kem Kepimpinan Islam Mahasiswa UMT Fasa 1 anjuran Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Studio Al-Quran, PISM. Program ini menjadi medan permulaan kepada siri pembangunan kepimpinan Islam mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dengan memberi tumpuan kepada aspek pengurusan aktiviti, pembinaan sahsiah, serta kefahaman […]
Canselori UMT Suburkan Semangat Lestari

MARANG, 30 Oktober 2025 (Khamis) – Program LestariCanselori@Bukit Kor anjuran Pejabat Canselori Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah berlangsung dengan jayanya di Kampus Bukit Kor, Marang. Program ini turut disertai oleh warga Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) sebagai salah satu Pusat Tanggungjawab (PTj) di bawah Canselori. Program yang bertujuan menyemai semangat kelestarian dan memperkukuh ukhuwah dalam […]
RNR Masjid UMT Warnai Minggu Konvokesyen 2025

Program Rehat & Rawat (RNR) sempena Konvokesyen UMT 2025 telah dilaksanakan dengan jayanya selama empat hari berturut-turut, bermula 26 hingga 29 Oktober 2025 bertempat di perkarangan Masjid Universiti Malaysia Terengganu. Program ini merupakan inisiatif Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) dalam menyediakan kemudahan mesra pengunjung sepanjang musim konvokesyen, termasuk jamuan makan percuma, ruang rehat untuk para […]
Malam Mawar UMT 2025 Semarak Solidariti Palestin

Tapak Konvo UMT, 27 Oktober 2025 – Program tahunan Malam Mawar anjuran Pusat Islam Sultan Mahmud UMT telah berlangsung dengan penuh penghayatan dan semangat solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin. Program ini merupakan antara pengisian utama Festival Konvokesyen UMT 2025 yang sentiasa dinanti-nantikan saban tahun. Program Malam Mawar UMT 2025 menampilkan tetamu jemputan khas, Prof. Dr. […]
Pendedahan Awal Dunia Universiti buat SK Tanjong Gading

Kuala Nerus, 23 Oktober 2025 – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berbesar hati menerima kunjungan daripada Sekolah Kebangsaan Tanjong Gading, Johor dalam program Lawatan Bermaklumat ke UMT yang diadakan di Studio Al-Quran, PISM. Seramai 32 orang murid bersama 5 orang guru pengiring yang diketuai oleh Cikgu Nurmazdiah binti Mahzan hadir dalam […]
Lawatan Ilmiah Sekolah Menengah Islam Aman, Kelantan ke PISM UMT Buka Peluang Perkongsian Ilmu

KUALA NERUS, 21 Oktober 2025 (Selasa) – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menerima kunjungan 22 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring daripada Sekolah Menengah Islam Aman, Kelantan dalam program Lawatan Ilmiah ke PISM-UMT yang berlangsung di Studio Al-Quran, UMT. Lawatan yang diketuai oleh Puan Nur Damia binti Zaidi bertujuan […]