PISM | Pusat Islam Sultan Mahmud

MENYANTUNI UMMAH MELALUI SUNNAH

KUALA NERUS, 15 Januari 2026 – Kelab Sahabat Masjid UMT (SAHAM), Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan program Mini Street Dakwah di sekitar kawasan Masjid UMT dan Laluan Susur Gajah PISM.

Program yang bermula pada jam 5.15 petang ini bertujuan menyampaikan mesej dakwah secara santai kepada mahasiswa dan mahasiswi UMT melalui edaran bahan ilmiah serta buah kurma. Selain sebagai simbolik menghidupkan sunnah, inisiatif ini turut berperanan mengeratkan ukhuwah serta menyuntik semangat kerohanian dalam suasana kehidupan kampus.

Selari dengan tuntutan dakwah, usaha ini bertepatan dengan sabda Rasulullah ﷺ, “Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat” (Riwayat al-Bukhari), yang menjadi inspirasi kepada pendekatan dakwah lapangan yang lebih dekat dengan masyarakat.

Secara keseluruhannya, program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para pelajar. Rata-rata mahasiswa menghargai pendekatan dakwah secara langsung yang disifatkan lebih mesra, santai dan menyentuh hati warga kampus.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab hidayah dan keberkatan buat seluruh warga universiti.

Kongsikan Berita Ini:

Teruskan Membaca