PISM | Pusat Islam Sultan Mahmud

Canselori UMT Suburkan Semangat Lestari

MARANG, 30 Oktober 2025 (Khamis) – Program LestariCanselori@Bukit Kor anjuran Pejabat Canselori Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah berlangsung dengan jayanya di Kampus Bukit Kor, Marang. Program ini turut disertai oleh warga Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) sebagai salah satu Pusat Tanggungjawab (PTj) di bawah Canselori.

Program yang bertujuan menyemai semangat kelestarian dan memperkukuh ukhuwah dalam kalangan warga Canselori ini dimulakan dengan pengenalan Taman Herba yang disampaikan oleh Prof. Ts. Dr. Fadzilah @ Adibah, diikuti perkongsian ilmu keselamatan oleh En. Aisamudin, Pegawai Keselamatan UMT.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Staf Terbaik Suku Tahunan, yang diberikan kepada dua warga PISM atas komitmen dan dedikasi mereka dalam melaksanakan tanggungjawab iaitu Ustaz Muhammad Farhan bin Othman dan Encik Abdul Rahim bin Haji Uzip @ Othman.

Selain itu, turut diadakan sambutan hari lahir warga Canselori serta aktiviti santai yang mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta. Program ini bukan sahaja memperkukuh semangat kebersamaan, malah menyemai nilai cinta terhadap alam sekitar selaras dengan aspirasi universiti ke arah kampus lestari.

Semoga semangat kerjasama dan kebersamaan yang dizahirkan menerusi Program Lestari Canselori ini terus subur dalam kalangan seluruh warga UMT. InshaAllah, jumpa lagi di program akan datang

Kongsikan Berita Ini:

Teruskan Membaca