PISM | Pusat Islam Sultan Mahmud

PERSEDIAAN SUKARELAWAN RAMADAN DIPERKASA

KUALA NERUS, 16 Februari 2026 – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan Program Meet & Greet Sukarelawan Ramadan 1447H bertempat di Studio Al-Quran PISM bagi menghimpunkan barisan staf PISM, Ahli Jawatankuasa Iftar serta para sukarelawan Ramadan Masjid UMT bagi sesi 2026.

Program ini menjadi platform penting bagi sesi ta’aruf, penyelarasan gerak kerja serta pengukuhan semangat berpasukan dalam memastikan kelancaran pengurusan Iftar Ramadan Masjid UMT sepanjang bulan Ramadan yang bakal tiba.

Majlis turut diserikan dengan amanat daripada Ketua Pusat Islam Sultan Mahmud UMT yang menekankan kepentingan nilai keikhlasan, disiplin dan komitmen dalam melaksanakan amanah sebagai sukarelawan sepanjang Ramadan.

Dalam majlis tersebut, turut diadakan sesi penghargaan dan pengumuman pelantikan barisan kepimpinan sukarelawan Ramadan 1447H, dengan Haikal Danial dilantik sebagai Ketua Sukarelawan Ramadan 1447H manakala Nuryusrina Halili dilantik sebagai Timbalan Ketua Sukarelawan Ramadan 1447H.

Selain itu, program turut diisi dengan sesi taklimat sukarelawan, perkongsian pengalaman oleh wakil sukarelawan serta sesi soal jawab sebagai persediaan akhir sebelum pelaksanaan program iftar sepanjang Ramadan.

Penganjuran program ini diharapkan dapat memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan sukarelawan serta memastikan segala perancangan yang telah disusun dapat dilaksanakan dengan lancar. Semoga segala usaha dan khidmat yang dicurahkan menjadi amal soleh yang diberkati serta diterima di sisi Allah SWT.

Kongsikan Berita Ini:

Teruskan Membaca