Skip to main content

PISM | Pusat Islam Sultan Mahmud

UMT HANTAR 60 SUKARELAWAN MYV SERTAI MAIDAM WAQF RUN 2026

KUALA TERENGGANU, 14 November 2026 – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui Kelab Muslim Youth Volunteer (MYV) telah menghantar seramai 60 orang sukarelawan bagi membantu menjayakan Program Sukarelawan MAIDAM Waqf Run 2026 yang berlangsung di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi ini bertujuan memperkukuh hubungan silaturahim antara mahasiswa dengan komuniti setempat, di samping menyemai nilai kesukarelawanan, keprihatinan dan kepimpinan dalam kalangan mahasiswa.

Sepanjang program berlangsung, sukarelawan MYV UMT telah diberikan tanggungjawab dalam membantu kelancaran acara, antaranya mengendalikan checkpoint, mengagihkan bekalan air kepada peserta serta membantu mengawal laluan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan program.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen UMT dalam menggalakkan penglibatan mahasiswa dalam aktiviti kesukarelawanan dan khidmat komuniti. Pengalaman ini juga menjadi platform untuk membentuk mahasiswa yang berjiwa prihatin, bertanggungjawab serta sentiasa bersedia menyumbang bakti kepada masyarakat.

Diharapkan penglibatan sukarelawan MYV UMT dalam program ini dapat terus menyemarakkan budaya kesukarelawanan serta memperkukuh peranan mahasiswa sebagai agen perubahan yang membawa manfaat kepada komuniti dan masyarakat.

Kongsikan Berita Ini:

Teruskan Membaca