Penasihat Baharu Perkasa Kelab Sayap PISM UMT

Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas pelantikan penasihat baharu bagi enam (6) kelab sayap di bawah naungan PISM. Pelantikan ini diharap dapat memperkukuhkan lagi hala tuju serta peranan kelab dalam menyemarakkan budaya ilmu, dakwah, kesukarelawanan dan kesenian Islam di kampus. Keenam-enam kelab sayap tersebut ialah: […]
Penghargaan kepada Eksekutif Masjid & Bilal Rawatib Masjid UMT

Pusat Islam Sultan Mahmud UMT dengan penuh takzim merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Eksekutif Masjid UMT serta Bilal Rawatib Masjid UMT atas segala jasa, bakti dan pengorbanan yang telah dicurahkan dalam mengimarahkan rumah Allah ini. Sepanjang tempoh perkhidmatan, mereka telah memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan kelancaran pentadbiran masjid, menghidupkan solat berjemaah, […]
Kunjungan Hormat Pengarah Pusat Islam USIM ke PISM UMT

Kuala Nerus, 24 Ogos 2025 – Pusat Islam Sultan Mahmud, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Encik Razman bin Ibrahim, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Pusat Islam Sultan Mahmud UMT. Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan hubungan strategik antara kedua-dua institusi melalui perkongsian pandangan, […]
Warga PISM UMT Raih Anugerah Kecemerlangan

Kuala Nerus, 21 Ogos 2025 – Pusat Islam Sultan Mahmud UMT terus menunjukkan kecemerlangan apabila tiga pegawainya menerima pengiktirafan berprestij dalam Majlis Anugerah Tahunan UMT 2025 yang diadakan di Dewan Sultan Mizan, UMT. Majlis ini merupakan acara tahunan universiti yang dianjurkan bagi meraikan warga kerja yang menunjukkan prestasi cemerlang, dedikasi tinggi serta kesetiaan dalam perkhidmatan. […]
PISM UMT Bersama Komuniti

PISM Bersama Komuniti : Rezeki Dikongsi, Ukhuwwah Bersemi Pusat Islam Sultan Mahmud UMT telah menganjurkan Program PISM Bersama Komuniti pada 27 dan 28 Julai 2025 bertempat di dataran Masjid UMT. Program julung kali ini berjaya menarik ratusan pengunjung daripada warga UMT dan masyarakat sekitar Kuala Nerus. Selama dua hari, pelbagai aktiviti menarik dianjurkan merangkumi aspek […]
Kem Bestari Solat Bimbing Pelajar Dalami Ibadah

Kuala Nerus, 11 Ogos 2025 – Seramai 147 orang pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntung telah menyertai Kem Bestari Solat yang berlangsung pada 11 Ogos 2025 di sekolah tersebut. Program ini memberi tumpuan kepada pengukuhan kefahaman serta penghayatan ibadah solat dalam kalangan remaja. Antara pengisian utama ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bacaan dalam […]
Bengkel Kefahaman & Aplikasi AI

Bengkel Kefahaman & Aplikasi AI dalam Penyampaian Mesej Pendidikan Masyarakat & Dakwah Pertubuhan IKRAM Negeri Terengganu dengan kerjasama Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu telah menganjurkan Bengkel Kefahaman dan Aplikasi AI dalam Penyampaian Mesej Pendidikan Masyarakat dan Dakwah pada 15 Ogos 2025 (Jumaat) bertempat di Studio Al-Quran, PISM UMT. Bengkel sehari ini diadakan […]
Lawatan Pusat Islam UMPSA ke PISM UMT

Lawatan Penanda Aras Pusat Islam & Pembangunan Insan, UMPSA ke PISM UMT Kuala Nerus, 13 Ogos 2025 – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menerima kunjungan hormat daripada Pusat Islam & Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dalam satu lawatan penanda aras yang berlangsung di Studio Al-Quran, UMT. Lawatan […]
Jelajah Tadabbur Buka Lembaran Baru Dalam Hidup

Tadabbur Al-Quran merupakan satu usaha utuk merenung dan memahami maksud ayat-ayat Allah secara mendalam melalui konsep 5T iaitu Tafsir, Tadabbur, Tilawah, Tabligh dan Tazakkur. Buat julung-julung kalinya Tadabbur Centre dan Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT menganjurkan Jelajah Tadabbur Terengganu pada 26 Julai 2025, bertempat di UMT Convention Centre (UMTCC), Universiti Malaysia Terengganu. Program ini diadakan […]
Seminar Ibrah 114 Surah Al-Quran

Setiap surat yang diterima membawa tujuan dan mesej tertentu daripada pengirim kepada penerima. Sebagai contoh, surat jemputan menyampaikan harapan untuk kehadiran, surat saman memberikan peringatan penting, manakala surat penghargaan menyampaikan ucapan terima kasih. Begitu juga, kitab suci Al-Quran, yang mengandungi 114 surah yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW dan seluruh umat manusia, mempunyai […]