PISM | Pusat Islam Sultan Mahmud

Jelajah Tadabbur Buka Lembaran Baru Dalam Hidup

Tadabbur Al-Quran merupakan satu usaha utuk merenung dan memahami maksud ayat-ayat Allah secara mendalam melalui konsep 5T iaitu Tafsir, Tadabbur, Tilawah, Tabligh dan Tazakkur.

Buat julung-julung kalinya Tadabbur Centre dan Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT menganjurkan Jelajah Tadabbur Terengganu pada 26 Julai 2025, bertempat di UMT Convention Centre (UMTCC), Universiti Malaysia Terengganu. Program ini diadakan bertujuan untuk;

  1. Menyediakan panduan atau teknik praktikal untuk melakukan tadabbur secara konsisten dalam kehidupan seharian dengan memberi tumpuan kepada aplikasi ayat-ayat Al-Quran dalam konteks sosial dan peribadi.
  2. Menghuraikan jenis-jenis ayat dalam Al-Quran (seperti ayat muhkamat, mutasyabihat, hukum, ibrah dan sebagainya) dan bagaimana cara melakukan tadabbur berbeza berdasarkan jenis ayat tersebut.
  3. Membimbing peserta dalam cara merenung (tadabbur) ayat-ayat Al-Quran untuk meningkatkan khusyu dalam solat, memperbaiki hubungan dengan Allah dan memperkasa kehidupan peribadi serta sosial.

Seramai 140 orang peserta telah hadir untuk menyelami al-Quran dengan cara yang lebih mendalam, menyentuh jiwa dan membuka makna baru dalam hidup bersama barisan jurulatih hebat iaitu;

  1. Ustaz Syaari Ab Rahman (Jurulatih Utama Tadabbur Centre)
  2. Ustaz Syahmi Syazeril Azmi (Jurulatih Utama Tadabbur Centre)
  3. Dr. Azrul Azlan (Jurulatih Utama Tadabbur Centre)
  4. Ustaz Amirul Ihsan (Dream Team Tadabbur Centre di Terengganu)

Pusat Islam Sultan Mahmud mengucapkan jutaan terimaan dan penghargaan kepada Tadabbur Centre kerana memilih UMT sebagai rakan kolaborasi untuk Siri Jelajah Tadabbur pada kali ini. Semoga kerjasama ini akan diteruskan pada masa akan datang.

Disediakan oleh:

Seksyen Penyelidikan, Pembangunan & Jaringan

Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT

Kongsikan Berita Ini:

Teruskan Membaca