PISM | Pusat Islam Sultan Mahmud

PISM UMT Bersama Komuniti

PISM Bersama Komuniti : Rezeki Dikongsi, Ukhuwwah Bersemi

Pusat Islam Sultan Mahmud UMT telah menganjurkan Program PISM Bersama Komuniti pada 27 dan 28 Julai 2025 bertempat di dataran Masjid UMT. Program julung kali ini berjaya menarik ratusan pengunjung daripada warga UMT dan masyarakat sekitar Kuala Nerus.

Selama dua hari, pelbagai aktiviti menarik dianjurkan merangkumi aspek sosial, pendidikan, kesihatan dan kelestarian alam sekitar, antaranya Jualan Rahmah Madani, Free Market, Trash To Cash, Klinik Al-Fatihah, English Teachers To The Rescue, pemeriksaan kesihatan mata dan urutan refleksologi. Produk hasil penyelidikan UMT turut dipromosikan, di samping kempen “Bawa Beg Sendiri, Sayangi Bumi” yang menekankan gaya hidup rendah karbon.

Ketua Pusat Islam Sultan Mahmud, Dr Kasyfullah bin Abd Kadir berkata program ini bertujuan membudayakan semangat memberi, membina jaringan kasih sayang antara institusi dan komuniti, serta melahirkan masyarakat yang prihatin terhadap alam sekitar.

Program mendapat sokongan Koperasi Mahasiswa UMT (KOSISWA), Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kuala Nerus, Pusat Pengurusan Lestari (PPL), Fakulti Perikanan & Sains Makanan (FPSM) serta Fakulti Sains & Sekitaran Marin (FSSM). Turut hadir memeriahkan majlis ialah Naib Canselor UMT, Profesor Ir. Ts. Dr Zamri bin Ibrahim.

PISM merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program dan berharap inisiatif ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

Kongsikan Berita Ini:

Teruskan Membaca